Bismillah, Alhamdulillah hari ini kita masih dapat melihat
dunia dan dapat meneruskan impian besar kita di dunia ini jika tidak bernafas
Impian Besar kita tidak akan tercapai kan ? Syukur pada Allah kerana masih bagi
peluang. Haa baru tidak tulis sehari dekat blog ni rasa risau sahaja, risau
tidak ada yang melihat blog saya. Amboi risau kemain Al-Quran tidak sentuh
tidak risau. Huh! Semalam cuti sebab memikirkan solat saya diterima oleh Allah
atau tidak. Bayangkan sekarang umur sudah 21 tahun. Contoh solat sudah 6 tahun
tetapi solat tidak diterima oleh Allah, Nauzubillah. Kenapa saya fikir? Betul
la kata anda. Buat apa nak fikir sangat pasal solat diterima atau tidak. Asal
yakin dan buat syarat sah solat Allah terima la kan >,< wah hebat anda
semua. Tahniah! TETAPI semalam saya dan makmum-makmum lain semua tergamam dan
terfikir oleh apa yang ustaz tu cakap tak pun saya sahaja yang fikir sebab saya
tahu solat saya belum sempurna. Ustaz tu kata ada 40 kesalahan normal manusia
buat dalam solat eh dalam solat ke dalam bacaan surah Al-Fatihah. Saya tidak
pasti. Tapi yang saya terasa tang pada bacaan Surah Al-Fatihah. Dia ada
tekankan dekat mana tempat yang selalu TERsebut salah huruf. Yang dah tahu
Alhamdulillah, yang belum tahu. Jom sama-sama kita pastikan. In Shaa Allah
Antara Kesalahan kita pada bacaan Al-Fatihah (Tazkirah Ramadhan)
1.
Lihat pada ayat satu, pastikan kita sebut
manirrahim bukan mannirrahim
2.
Ayat dua, jangan tertuka ain kepada alif hamzah.
Bunyi betul ‘’alamin bukan alamin
3.
Ayat 3 sama macam ayat satu.lihat ayat tu.
4.
Ayat 5 alif hamzah jgn dibunyikan ain . Ain
jangan dibunyikan alif hamzah. Dan hati-hati pada huruf sin dan saa
5.
Ayat 6 juga sama jangan bunyikan alim hamzah
kepada ain, sad bunyi sin atau saa dan kebiasaanya orang akan sebut ihdinas
tapi ustaz tu kata ihdinaus.
6.
Ayat 7 hati-hati pada huruf Dod takut-takut kita
tertuka dal serta ain tertuka alif hamzah
Akhir kata, inilah cara untuk kita perbaiki diri. jika sebelum ini kita lemah lepas ini kita kuatkan dan perbetulkan bacaan. nah rasa ayat paling pedas, saya rasa tidak adil jika saya dan makmum harituh sahaja rasa. hee Jika hari ini kita sibuk sangat mahu perbaiki ini perbaiki itu kalau orang laki sibuk nak upgrade tukaq sport rim kereta tiap kali raya takkan benda yang ni Allah soal solat kita yang pertama kita tidak mahu perbaiki, orang perempuan pula jika setiap tahu mahu tukar langsir. apa salahnya kita upgrade solat kita. sebab tak ramai orang kita mahu pergi tusyen cara solat. hari ni mak bapa rajin hantar anak pergi "Smart Solat" tapi kita tak smart smart juga kan. samalah yang tengah cakap ni. ha yang ni la ayat padu dari ustaz tuh. sakit tak hati. kalau tak sakit. saya tabik spring :) Alhamdulillah, maafkan saya jika ada perkataan saya yang tersentuh hati dan tersentuh jiwa. minta ampun minta maaf. Assalamualaikum .. ha lupa nak bagitahu yang cuti tak tulis blog tu bukan sebab fikir ni pun. cuma tidak ada idea nak tulis apa. hee kita semua sama. INSAN YANG LEMAH.
Terima kasih atas perkongsian...mana yg solat laju2 tu mungkin boleh slow sikit, periksa bacaan kita...wallahua'lam
ReplyDeletehem. betul tuh. nak laju boleh tapi Al-Fatihah kasi betul In Shaa Allah part yang lain kita betul jika Al-Fatihah betul.
Delete