Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Thursday, 17 July 2014

Lailatu Qadar ke Lailatu Kamdar?

Bismillah Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih diberi peluang lagi untuk habiskan masa Ramadhan tahun ini. mungkin ini Ramadhan terakhir saya atau pun anda yang sedang membaca ini kan >,< siapa nak mati oh. dosa banyak lagi. semoga Allah ampunkan kita dan terima kita serta kasih pada kita. ameen.
In Shaa Allah jika kita dipanjangkan umur malam ni dah masuk malam ke 20. Isunya, tahun ni nak bangun malam ganjil la. takda masa la. hee boleh sahaja nak bangun malam ganjil. niat tu dah baik, baik bangun sahaja 10 malam akhir. setahun sekali sahaja Ramadhan ini. Takot terlepas oh. tak seronok ke Tuhan Allah yang jadikan manusia jadikan saya jadikan anda dia buat Sale RAMADHAN :) bayangkan la Ramadhan ada Sale ganjaran dia SubhanaaAllah. hanya Allah yang mengetahui segalannya kan! hee
Jika Jusco Kamdar Jakel bila dia buat Sale pun kita dah tertarik dan berduyun-duyun orang datang. takkan Allah yang menciptakan kita dia buatkan satu malam dimana lebih baik daripada 1000 bulan kita hendak lepaskan. Tapi itulah, saya ni cakap sahaja nak bangun tu tak tahu lagi. In Shaa Allah Allah pilih saya anda dan anda yang tengah baca ini untuk dapat malam Lailatul Qadar Tahun ini. Ameen. cuma perlu doa dan usaha. YaAllah terima la diri ini sebagai hamba mu, pandanglah diri ini. pilihla diri ini orang yang terpilih di malam Lailatu Qadar dan jadikan diri ini orang yang beriman. alangkah rugi la diri ini jika tidak terpilih YaAllah. pilihla kami YaAllah. Ameen :')

Cara tidak mahu terlepas Malam Lailatu Qadar atau bersahur?

-Set jam loceng banyak-banyak dalam bilik. kalau takut tidak sedar, set dekat komputer atau labtop pasang speaker kuat-kuat. In Shaa Allah, usaha dah ada. tinggal Allah nak kejutkan sahaja tu.
-Pesan pada kawan-kawan jiran atau Mak Abah yang ada kekasih boleh juga suruh kekasih kejutkan. tetapi tak guna juga suruh kekasih kejutkan tapi tidur balik. kah kah. kekasih halal tau. huhu
-letakkan Air dalam mangkuk kecil disebelah kita atau di meja sebelah katil kita, bila bangun cepat cepat celup tangan dekat dalam air tu. yang ni Ustaz mana tah cakap, lupa pula. tapi betul la celup tangan sebab nanti kita akan rasa sejuk dan segar. tak percaya try. In Shaa Allah boleh. yakin tu penting kan.
-yang paling bagus paling terbaik paling afdhal untuk lelaki sertai orang soleh dan orang rajin beribadah ikut depa iktikaf dimasjid. SubhanaaAllah ini la cara paling baik. InShaaAllah saya pun nak buat. doakan saya. jika tidak mampu. dirumah pun boleh. yang penting hati *Ikhlaskan kerana Allah

Akhir kata, Berbaki 10 Hari Ramadhan ini jika sebelum ini ibadah kita dibulan puasa rasa berat nak lakukan rasa tidak berapa nak ikhlas kita ikhlaskan la diri ini. yang lepas itu kita biarkan dan doa supaya diterima amalan, yang ada didepan ni kita lebih fokus dan buat lebih baik. kenapa saya cakap macam ini, ha anda tengok sahaja pada kereta. kenapa Cermin depan kereta besar. cermin sisi kereta kecil? tak penting ka cermin sisi tu, kenapa tak besar macam cermin depan. hee kata orang yang berilmu yang depan lebih diutamakan, yang belakang penting juga tapi hanya sikit-sikit sahaja. paham? tak paham minta doa banyak-banyak pada Allah supaya diri cepat paham >,< Selamat berbuka dan maafkan saya jika ada kata-kata saya yang tersentuh dijiwa serta jangan lupa baca Surah Al-Kahfi 10 ayat permulaan dan 10 ayat yang akhir. baca 110 Ayat lagi bagus.he okay doakan keluarga,saudara mara,diri sendiri dan saya sama-sama masuk Syurga dan diampukan dosa ya :) Assalamualaikum
 

No comments:

Post a Comment