Taqaballahu Minna Waminkum .
Bismillah Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita sudah
melalui 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Cepatkan? 30 hari tu rasa macam
satu minggu sahaja. Betul kata Nabi kita Nabi Muhammad SAW mengatakan di Akhir
Zaman nanti atau tanda kiamat kecil masa terasa begitu cepat pantas dan laju.
Subhanaallah. Apa lagi la diri ini tunggu. Dah Nampak segala macam berlaku di dunia
ini masih lagi menunggu dan terus menunggu sehingga la Matahari terbit di
sebelah barat. Masa itu baru tahu betapa ruginnya.
Eh Salam 1 Syawal Wahai Ummat Rasulullah SAW dan bakal
penghuni Syurga. Syukur kepada Allah masih diberikan umur yang panjang. *Maaf
Kelewatan Mengucakannya
Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya
Di manakah Kampung Talang itu terletak? Di Perak la boh,
takkan kome tak tahu yeop oi. Hee
Kenapa saya cakap Kampung Talang Ibarat tempat Perang di
Gaza?
Kerana setiap tahun pada malam Raya seperti tradisi orang
Perak akan main meriam sambil berperang bunyi meriam mana kuat daripada pukul
12 malam sampai 7 pagi. Dahsyat kot , ramai dan berduyun juga la yang datang
semata-mata mahu m'yaksikan letupan meriam yang kuat dan ingin ketenangan di
sawah padi
.
.
Letupan-Letupan meriam ini terus terang saya katakan boleh
mengegarkan jantung anda. Jika mahu merasakan bagaimana di Gaza boleh la datang
Next Year atau pun Raya Haji ini. Tapi itu macam Gaza la. Di Gaza lebih teruk
dahsyat kejam dan sebagainnya.
Yang menariknya boleh tengok secara dekat tapi Insurans
sahaja tidak ada. Itu sahaja bahaya. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi kes,
jadi anda boleh la rakam buat video dan sebagainya.
Kampung Talang tempat perang Meriam di Malam Raya.
Di Kampung Talang ini ada 5 hingga 7 kumpulan kampung yang
rajin main meriam. Memang dahsyat la bro. Mereka bermain di sawah-sawah padi.
Tak dapat bayangkan orang kampung talang dapat tidur atau tidak.
Sangat kuat bunyi meriam mereka. Meriam depa di Kuala
Kangsar saya di Kroh hulu Padang Rengas pun dengar lagi dentuman meriam mereka.
Saya tidak tipu. Tidak percaya. Maile Sini :)
HP yang saya rakam video dan rekod ini pun tak dapat
menampung dentuman bunyi meriam mereka. Jom Saksikan Video.
*Pengetahuan Video hp Blackberry hee
Dahsyatkan. Marilah ke Perak hee
Maafkan Saya jika ada Bahasa yang menyentuh jiwa dan
perasaan anda. Bergembiralah dengan sanak saudara di Hari Raya. Apa kata orang
1 Tahun sekali dapat berkumpul ya. Huu seronoknya. Di dunia sahaja kita sudah
rasa keseronokan bila berkumpul di Rumah yang selesa seronok walaupun tidak
seberapa lengkap tapi begitulah di Syurga nanti semua orang bergembira seronok
tanpa noktah bila berkumpul di Syurga nanti. Semoga kita semua masuk Syurga.
Ameen. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di kampung sy sekarang dah kurang dengar bunyi main meriam buluh. Walaupun main meriam tu agak bahaya tapi tak dinafikan bunyi meriam buluh tu mampu menaikkan mood raya.
ReplyDeleteBetul tuh. Bunyi memang meriah. Tapi bahaya. Kampung dimana. Nak mood raya next year datang la sini. Hihi
Delete