Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Monday, 28 July 2014

Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya

Taqaballahu Minna Waminkum .

Bismillah Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita sudah melalui 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Cepatkan? 30 hari tu rasa macam satu minggu sahaja. Betul kata Nabi kita Nabi Muhammad SAW mengatakan di Akhir Zaman nanti atau tanda kiamat kecil masa terasa begitu cepat pantas dan laju. Subhanaallah. Apa lagi la diri ini tunggu. Dah Nampak segala macam berlaku di dunia ini masih lagi menunggu dan terus menunggu sehingga la Matahari terbit di sebelah barat. Masa itu baru tahu betapa ruginnya.
Eh Salam 1 Syawal Wahai Ummat Rasulullah SAW dan bakal penghuni Syurga. Syukur kepada Allah masih diberikan umur yang panjang. *Maaf Kelewatan Mengucakannya

Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya

Di manakah Kampung Talang itu terletak? Di Perak la boh, takkan kome tak tahu yeop oi. Hee
Kenapa saya cakap Kampung Talang Ibarat tempat Perang di Gaza?

Kerana setiap tahun pada malam Raya seperti tradisi orang Perak akan main meriam sambil berperang bunyi meriam mana kuat daripada pukul 12 malam sampai 7 pagi. Dahsyat kot , ramai dan berduyun juga la yang datang semata-mata mahu m'yaksikan letupan meriam yang kuat dan ingin ketenangan di sawah padi
.
Letupan-Letupan meriam ini terus terang saya katakan boleh mengegarkan jantung anda. Jika mahu merasakan bagaimana di Gaza boleh la datang Next Year atau pun Raya Haji ini. Tapi itu macam Gaza la. Di Gaza lebih teruk dahsyat kejam dan sebagainnya.

Yang menariknya boleh tengok secara dekat tapi Insurans sahaja tidak ada. Itu sahaja bahaya. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi kes, jadi anda boleh la rakam buat video dan sebagainya.

Kampung Talang tempat perang Meriam di Malam Raya.

Di Kampung Talang ini ada 5 hingga 7 kumpulan kampung yang rajin main meriam. Memang dahsyat la bro. Mereka bermain di sawah-sawah padi. Tak dapat bayangkan orang kampung talang dapat tidur atau tidak.
Sangat kuat bunyi meriam mereka. Meriam depa di Kuala Kangsar saya di Kroh hulu Padang Rengas pun dengar lagi dentuman meriam mereka. Saya tidak tipu. Tidak percaya. Maile Sini :)
HP yang saya rakam video dan rekod ini pun tak dapat menampung dentuman bunyi meriam mereka. Jom Saksikan Video.




*Pengetahuan Video hp Blackberry hee
Dahsyatkan. Marilah ke Perak hee
Maafkan Saya jika ada Bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan anda. Bergembiralah dengan sanak saudara di Hari Raya. Apa kata orang 1 Tahun sekali dapat berkumpul ya. Huu seronoknya. Di dunia sahaja kita sudah rasa keseronokan bila berkumpul di Rumah yang selesa seronok walaupun tidak seberapa lengkap tapi begitulah di Syurga nanti semua orang bergembira seronok tanpa noktah bila berkumpul di Syurga nanti. Semoga kita semua masuk Syurga. Ameen. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2 comments:

  1. Di kampung sy sekarang dah kurang dengar bunyi main meriam buluh. Walaupun main meriam tu agak bahaya tapi tak dinafikan bunyi meriam buluh tu mampu menaikkan mood raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh. Bunyi memang meriah. Tapi bahaya. Kampung dimana. Nak mood raya next year datang la sini. Hihi

      Delete