Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Wednesday, 16 July 2014

Pemilik CDM 25 dia baik hati dan sopan santun sebenarnya disebabkan tidak boleh control perasaan marah mungkin satu punca dia jadi macam ini?

Bismillah, Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. Allah yang Maha Kaya. Maha Bijaksana dan Maha Melihat.. Hari ini,
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersiakan?? termasuklah diri ini yang masih kurang amalan baik.
PERSOALANNYA ??
BENARKAH kita IKHLAS jika masih merasa TERTINDAS :)
Jangan MENGHARAP #TerimaKasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kerana UMUMnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihat saja, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun kita tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia termasuklah yang sedang membicarakan. Sama je masih kurang bersyukur dan masih tidak pandai berterima kasih tapi yang tengah baca ni dia pandai.. saya tahu dia pandai bersyukur dan pandai berterima kasih. tahniah! :)
Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya. what you give, you get back. . Yakinlah balasan di Akhirat itu balasan yang lebih baik dan kekal. InshaAllah. 

CMD25 jadi isu di Facebook dan jadi trending di twitter.

Ramai yang sudah tahu mengenai kisah Pemilik kereta CMD25 ini buat apa! Bagi saya ia memalukan golongan orang kaya mahupun golongan orang yang memiliki kereta berjenama Peugueot kah kah ialah kes langgar punya hal sampai mengamok tak tentu hala kalau tidak puas hati sangat boleh selesaikan di Makhamah untuk saman atau apa-apalah. Huh selamat saya ni bukan golangan orang kaya dan orang yang memiliki kereta jenama Peugueot ni. Bila dah mampu nanti tak mahu saya beli jenama peuguot ni. Baik beli audi atau hummer nak elak malu punya pasal hee ini pendapat saya la orang yang ada kereta jenama peugeot ini golongan yang lebih kemampuan. Pendapat orang lain ada sahaja kata baru naik peuagoet berlagak macam orang kaya, kalau kaya naik ferari la lambo ka hee mungkin yang cakap ni dia berkemampuan. Saya belum lagi, onedays In Shaa Allah. J siapa tengok video #CDM25 ni dia tahu betapa kesian ye pak cik bangsa cina kalau tak silap saya. Actually, kita sebagai orang islam orang melayu juga patut merasa malu juga bukan orang kaya sahaja kena tempias dek kerana perangai seorang perempuan islam melayu yang berkelakuan melampau macam tuh sebab kita kena malu kerana kita dengan perempuan pemilik kereta CMD25 bersaudara seislam. Macam mana bangsa lain nak tertarik dengan Islam jika beginilah cara orang islam marahkan. Betul tak? Hmm takpalah, perasaan marah ni kadang susah nak halang. Lagi-lagi dalam bulan Ramadhan Syaitan pun banyak tu yang tidak dapat kawal emosi dan amarah J *saya seorang pemarah hee

Cara-Cara kurangkan emosi dan marah dalam diri *Pengajaran Isu CDM25

1.   Perbanyakkan zikrullah dan perbanyakkan selawat. In Shaa Allah hati akan jadi lembut dan tenang. Bila rasa kosong rasa sunyi time bawa kereta ka sebut sahaja dalam hati Laa ila haillallah ke Subhanaallah ke Alhamdulillah ke Allahuakbar atau selawat Allahumma Solli ‘Ala Muhammad. In Shaa Allah saya dan anda ada masa untuk zikrullah dan selawat. Masa yang diberikan oleh Allah kepada kita sama. 24jam.

2.   Mengaku dan terima seadannya yang diri ini suka marah orang dan cepat emosi. Bila rasa tidak boleh control juga isikan rohani dan jasmani kita dengan bacaan Al-Quran. Manusia dan Kalam Allah(Al-Quran) berpisah tiada. Siapa yang tidak suka marah dan beremosikan, saya pun suka hee tetapi control la kemarahan itu dengan cara Islam. Wahh! Inilah yang terbaik. Bukan senang nak marah dengan cara islam. Jadi berdoalah kepada Allah. Nampak mudah tapi amalkan sangat susahkan ? J apa-apapun yakin la dengan janji Allah.

3.   Haa yang ketiga ni pasti berkesan untuk diri saya dan anda kah kah Fikirkan yang kita akan mati nanti, Cuma tidak tahu bilakan? Sebab bila ingat mati macam-macam kita fikirkan kan? Hee Mungkinlah bila ingat mati kita tak jadi nak marah hee

Akhir kata selamat beramal dan selamat menjalani ibadah puasa dimana hanya 12 hari sahaja baki yang tinggal, gunakan masa yang masih ada. Mana tahu ini Ramadhan terakhir kita kan? Jika ada salah silap ada terkasar Bahasa ada tersentuh dijiwa harap dimaafkan. Kalau tidak maafkan nanti Raya saya mintak maaf lagi tetapi masa tu kena bagi duit raya sekali la ye hee Haa sebelum saya terlupa, saya ada kawan yang kongsi tentang bagaimana Teknik Mendidik Anak dan Rahsia Sedekah. okay selesai. Assalamualaikum dan Selamat berbuka kepada semua yang berpuasa.hee masaa'al khair (Selamat Petang)

3 comments:

  1. saya rasa dia lapar sgt la tu..tak sempat sahur agaknya...
    perut bila lapar memang automatik nak mengamuk jer rasanya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla. biasalah seorang yang bernama manusia. yang penting jaga diri dan doa selalu supaya kita menjadi yang baik dan terbaik. In Shaa Allah :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete