Bismillah, Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah.
Allah yang Maha Kaya. Maha Bijaksana dan Maha Melihat.. Hari ini,
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar
meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersiakan?? termasuklah diri ini yang masih
kurang amalan baik.
PERSOALANNYA ??
BENARKAH kita IKHLAS jika masih merasa TERTINDAS :)
Jangan MENGHARAP
#TerimaKasih daripada manusia atas
kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kerana UMUMnya manusia tidak pandai berterima kasih.
Lihat saja, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun kita tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia termasuklah yang sedang membicarakan.
Sama je masih kurang bersyukur dan masih tidak pandai berterima kasih tapi yang tengah baca ni dia pandai.. saya tahu dia pandai bersyukur dan pandai berterima kasih. tahniah! :)
Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan
diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya. what you give,
you get back. . Yakinlah balasan di Akhirat itu balasan yang lebih baik dan kekal. InshaAllah.
CMD25 jadi isu di Facebook dan jadi trending di twitter.
Ramai yang sudah tahu mengenai kisah Pemilik kereta CMD25 ini buat apa!
Bagi saya ia memalukan golongan orang kaya mahupun golongan orang yang memiliki
kereta berjenama Peugueot kah kah ialah kes langgar punya hal sampai mengamok
tak tentu hala kalau tidak puas hati sangat boleh selesaikan di Makhamah untuk
saman atau apa-apalah. Huh selamat saya ni bukan golangan orang kaya dan orang
yang memiliki kereta jenama Peugueot ni. Bila dah mampu nanti tak mahu saya beli
jenama peuguot ni. Baik beli audi atau hummer nak elak malu punya pasal hee ini
pendapat saya la orang yang ada kereta jenama peugeot ini golongan yang lebih
kemampuan. Pendapat orang lain ada sahaja kata baru naik peuagoet berlagak macam
orang kaya, kalau kaya naik ferari la lambo ka hee mungkin yang cakap ni dia
berkemampuan. Saya belum lagi, onedays In Shaa Allah. J siapa tengok video
#CDM25 ni dia tahu betapa kesian ye pak cik bangsa cina kalau tak silap saya.
Actually, kita sebagai orang islam orang melayu juga patut merasa malu juga
bukan orang kaya sahaja kena tempias dek kerana perangai seorang perempuan
islam melayu yang berkelakuan melampau macam tuh sebab kita kena malu kerana
kita dengan perempuan pemilik kereta CMD25 bersaudara seislam. Macam mana
bangsa lain nak tertarik dengan Islam jika beginilah cara orang islam marahkan.
Betul tak? Hmm takpalah, perasaan marah ni kadang susah nak halang. Lagi-lagi
dalam bulan Ramadhan Syaitan pun banyak tu yang tidak dapat kawal emosi dan
amarah J *saya seorang pemarah hee
Cara-Cara kurangkan emosi dan marah dalam diri *Pengajaran Isu CDM25
1. Perbanyakkan
zikrullah dan perbanyakkan selawat. In Shaa Allah hati akan jadi lembut dan
tenang. Bila rasa kosong rasa sunyi time bawa kereta ka sebut sahaja dalam hati
Laa ila haillallah ke Subhanaallah ke Alhamdulillah ke Allahuakbar atau selawat
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad. In Shaa Allah saya dan anda ada masa untuk
zikrullah dan selawat. Masa yang diberikan oleh Allah kepada kita sama. 24jam.
2. Mengaku dan terima
seadannya yang diri ini suka marah orang dan cepat emosi. Bila rasa tidak boleh
control juga isikan rohani dan jasmani kita dengan bacaan Al-Quran. Manusia dan
Kalam Allah(Al-Quran) berpisah tiada. Siapa yang tidak suka marah dan
beremosikan, saya pun suka hee tetapi control la kemarahan itu dengan cara
Islam. Wahh! Inilah yang terbaik. Bukan senang nak marah dengan cara islam.
Jadi berdoalah kepada Allah. Nampak mudah tapi amalkan sangat susahkan ? J apa-apapun yakin la dengan janji Allah.
3. Haa yang ketiga ni
pasti berkesan untuk diri saya dan anda kah kah Fikirkan yang kita akan mati
nanti, Cuma tidak tahu bilakan? Sebab bila ingat mati macam-macam kita fikirkan
kan? Hee Mungkinlah bila ingat mati kita tak jadi nak marah hee
Akhir kata selamat beramal dan selamat menjalani ibadah puasa dimana
hanya 12 hari sahaja baki yang tinggal, gunakan masa yang masih ada. Mana tahu
ini Ramadhan terakhir kita kan? Jika ada salah silap ada terkasar Bahasa ada
tersentuh dijiwa harap dimaafkan. Kalau tidak maafkan nanti Raya saya mintak
maaf lagi tetapi masa tu kena bagi duit raya sekali la ye hee Haa sebelum saya
terlupa, saya ada kawan yang kongsi tentang bagaimana Teknik Mendidik Anak dan Rahsia Sedekah. okay selesai. Assalamualaikum dan Selamat berbuka kepada semua yang berpuasa.hee masaa'al khair (Selamat Petang)
saya rasa dia lapar sgt la tu..tak sempat sahur agaknya...
ReplyDeleteperut bila lapar memang automatik nak mengamuk jer rasanya..hehehe
entahla. biasalah seorang yang bernama manusia. yang penting jaga diri dan doa selalu supaya kita menjadi yang baik dan terbaik. In Shaa Allah :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete