Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Sunday, 27 July 2014

Hujan Meteor di Malam Raya 2014



Bismillah, Alhamdulillah kita betul-betul di penghujung Ramadhan dah ni. Kejap lagi berbuka kali terakhir di bulan Ramadhan pada tahun ini. Tahun mendatang itu In Shaa Allah.

Disamping  Rahmat  yang berganda diberikan oleh Allah di bulan Ramadhan ini di bulan Syawal juga Allah masih beri Rahmat kepada hambaNYA. Alhamdulillah rahmat Allah kepada manusia dimuka bumi ini tidak putus-putus. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.


Hujan Meteor di Malam Raya

Fenomena Hujan Meteor Delta Aquarids daripada Buruh Aquarius dijangkakan dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia pada 28 dan 29 Julai ini sekitar pukul 10 Malam sehingga waktu Subuh.

Agensi  Angkas Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata aka nada 20 Juraian Meteor dapat disaksikan dalam tempoh satu jam pada kedua-dua malam tersebut
.
Agensi itu berkata, peluang untuk menyaksikan meteor berkenaan adalah tinggi pada ketika itu langit gelap disebabkan bulan masih di fasa bulan baharu –Utusan Malaysia- 22 Julai 2014

No comments:

Post a Comment