Ya Allah betapa indah ya ketika itu jika kita berjaya sebut. tetapi bukan senang untuk kita melafazkan kalimah Allah. ikot juga cara kehidupan kita didunia jika baik In Shaa Allah dapat sebut :) saya risau diri ini tidak dapat sebut tapi saya tidak risau kalau anda yang baca ini kerana saya yakin yang baca blog saya semua baik-baik belaka berakhlak yang baik selalu tolong orang selalu bersedakah dan lain lain. Tahniah ! :)
pagi-pagi ini tiba-tiba rasa mahu kongsikan tips untuk dapatkan FRESH diwaktu pagi.
Tips untuk dapatkan kesegaran pagi dan kurangkan rasa mengantuk walaupun tidak cukup tidur? *Tips Cikgu sekolah Teknik Sungai Buloh,Selangor 09/10 :)
-Bangun pagi ucap Alhamdulillah dan lakukan perkara wajib seperti solat.-Gosok Gigi jangan lupa ya hee pastikan masa gosok gigi tu biar sampai rasa nak muntah.
-Pandang benda berwarna hijau seperti pokok, bukit, dan sebagainya. paling mudah buat wallpaper smartphone anda warna hijau. mudah sahaja.
-Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan bagi pekerja atau sebelum hendak pergi kelas bagi pelajar fikirkan apa motif dan misi anda untuk pergi kerja atau pergi belajar. Disamping itu niatkan dalam hati kerana Allah.
-Mungkin jika ada masa sedikit atau diri sendiri masih belum sempat berselawat boleh selawat 11x. pahala dapat dan Syafaat dari Nabi SAW pun In Shaa Allah dapat. yang penting hati "Ikhlas"
Akhir kata, Indahnya dan syukur diri ini masih Islam dan ada Iman. Berharga betul Iman ni kan. Jaga diri Jaga Iman. Jangan lupa doakan IbuBapa kita saudara mara di Gaza kawan-kawan kita diri sendiri dan akhir sekali doakan saya cepat Kahwin ya kah kah :) Tipu la kalau tidak rasa mahu kahwin cepat, yang tidak rasa lagi mahu kahwin cepat mungkin dia ada sebab lain. macam saya kalau ada orang nak. saya okay ja. eh restu ibu bapa jangan lupa. okay dahla. mengarot lebih. Assalamualaikum dan Sobahul Khair (Selamat Pagi)
Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian...tips berguna ni...
ReplyDeletesama-sama mama Amir :) doakan saya cepat kahwin tau mama.
ReplyDelete