Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Sunday, 27 July 2014

Ada apa dengan Raya? Ucapan dari YB Muzammil

Bismillah, Alhamdulillah. Ramadhan bakal meninggalkan kita semua. Tidak kira la dimana jua kita duduk di ceruk selatan ceruk utara di Palestin di Israel di Amerika di Brazil di hutan Negara Malaysia atau dimana jua kita duduk Ramadhan bulan yang sangat mulia disisi Allah yang diberikan kepada hambaNYA ini akan TETAP meninggalkan kita semua.

Siapa la yang gembira SANGAT jika Ramadhan ini akan pergi meninggalkan kita. Walaupun kita ini belum tergolong orang yang kuat ahli ibadah entah Allah Redha ke tak dekat kita. Ya saya cakap untuk diri saya. Anda semua baik-baik, Allah saying hamba macam anda yang selalu SENYUM dikala kesusahan kegelisahan kekusutan dan lain-lain. Gembira pun sekejap sahaja, lepas tu sembang dengan kawan-kawan pakcik makcik update status “Saya BerSahur di Bulan Ramadhan” “Rindu Nak berbuka dengan orang yang TERSAYANG” kah kah (Sarkasteak)

Apa ada  dengan Raya?

Raya ni bagi saya kita bagi duit raya dekat sanak-saudara atau pun kita dapat duit raya. Em entahla susah betul mahu diceritakan sebenarnya. Mengikut pandangan ustaz-ustaz, Raya ini ibarat HARI KEMENANGAN untuk umat Islam jadi kita mesti bergembira sayang. Tok usahla nak sedih sangat sampai melemahkan kekuatan diri betul?

Tetapi apa yang menarik Raya di dunia ini baru sedikit sahaja ada yang sedih ada yang gembira ada yang sakit ada yang semakin hari semakin tua. Yang semakin hari semakin tua tu anda la. Saya semakin hari semakin muda hee

Di Syurga nanti, kata Ustaz Ebit Lew bagi saya dia (Pendakwah Hebat) tak percaya search di FB or Google tapi saya rasa semua orang kenal dia punya dia kata Bila Raya di Syurga nanti semua orang gembira dan tidak ada yang sedih serta disitu la kehidupan tanpa NOKTAH disana nanti. Kekal Muda Kekal Sihat Kekal Kuat Kekal Hensem Kekal Cantik Subhanaallah. Seronoknya kan.

YaAllah ampunkan la dosa kami dosa kami yang sebesar bumi ini YaAllah sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Maha Penyayang lagi Bijaksana.
In Shaa Allah tuan-tuan, Allah dengar rintihan hati kita. Allah ampunkan kita jika hati ini Ikhlas kepadaNYA. Yakinla dengan Janji-Janji Allah.

Sempena Raya bakal tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Raya ini datang rumah. Pintu rumah dan Pintu hati sentisa terbuka nak jumpa saya datang la sabtu ahad hari biasa busy. Hee apa-apa contact sahaja wassap atau lain-lain. Tidak jauh pun rumah saya, Di Selangor Petaling Jaya. In Shaa Allah anda diberi layanan istimewa oleh mak abah saya dan dilayan terbaik oleh saya. In Shaa Allah. Di samping kita bergembira ini, jangan lupa selitkan doa untuk saudara kita di Gaza. Kesian depa. Mereke beraya tanpa ibu bapa rumah dan Raya dalam peperangan. SAVE GAZA! Pray for MH17 MH370 

No comments:

Post a Comment