Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Saturday, 12 July 2014

Siapa Rahmat? Berasal dari manakah orang ini..

Bismillah, Alhamdulillah (kata-kata permulaan)Trademark  PU Rahmat? Anda kenal PU RAHMAT. Comfirm kenal. Lagi-lagi perempuan, lelaki pun ada tetapi perempuan lebih ramai meminati beliau. Oh lupa yela Akhir Zamankan perempuan ramai daripada lelaki sebab tu la segala benda dekat dunia ni perempuan lebih ramai lelaki (Jawapan orang perempuan) hee  Yela PU RAHMAT hensemkan ilmu ada semua ada la pada diri seorang lelaki yang perempuan mahukan jadi seorang Suami J tapi saya kearah suami yang korang impikan la *promote diri kah kah #JanganMuntah. Benda tidak mustahilkan dalam dunia ni. Boleh jadi orang yang jahat kita tengok sekarang ni dia lebih baik daripada kita yang sekarang. Betul tak? Kita yang biasa-biasa ni janganlah pandang rendah dekat orang lain dan jangan buruk sangka berbaik sangkalah ye J selagi hidup perbanyakkan doa supaya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah (baik) bukan suul khatimah (tidak baik)
IKLAN :)
Percayakah anda 1 bulan lepas tidak silap saya la PU RAHMAT datangg di Masjid Haji Dato Kamaruddin, Petaling Jaya bagi kuliah Maghrib. Memang terbaiklah, dia berganding denga PU IZAD hehe ayat dia memang padu pedas pedih padat semualah. Terasa sampai dalam hati begitu mendalam. Kadang-kadang ada ayat dia tuh memang makan dalam rasa macam mahu baling kasut sahaja selamat tengah duduk time tu. Kah kah kenapa baling kasut? Sebab saya rasa kata-kata yang dilemparkan oleh mereka sangat sangat tuju pada diri ini. Tak silap saya ni ayat dia  Benci Israel tu dah betul dah. Jangan lupa benci diri sendiri jugak, sebab masih buat apa yg Allah murka.Peghhhh  terasa tak. Oh tak teraasa. Korang memang hebat *Respect #TabikSpring hee

Saat manis ialah saya dapat salam PU Rahmat. Bukan senang oh dapat salam Retis Orang berilmu Ulama dan sebagainya. Yes, saya tahu anda lagi hebat daripada saya sebab anda dah banyak salam dengan orang-orang kuat ni. Baguslah, teruskan perjuangan anda. Dan Saat tidak manis ialah program ni  terdatangg lambat. Em rasa penat pula nak habiskan cerita. Rasannya korang pun bosan. So berhenti sampai sini dahulu. Nantikan edisi ke-4. Edisi ke-4 akan menceritakan kenapa saya buat blog padahal zaman sekarang orang pakai thumbler >,< Misteri Nusantra? Kah kah.



Akhir kata Masjid Haji Dato Kamaruddin memang terbaik ramai Ustaz-Ustaz hebat yang datang antarannya Ustaz Husam orang perlis tidak silap saya dia ni jiwa muda hee  Ustaz Khairy Jamaluddin. Lagi paling hebat mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar. Hari tuh dia singgah dia cerita pasal pemerintahan oh. Memang terbaik. Okay ada lagi satu. Dalam keseronokan kegembiraan kita hari ni jangan lupa saudara-saudara kita di Gaza Palestin dan lain-lain yang dalam kesusahan. Senjata kita ialah Doa. In Shaa Allah senang sahajakan. *Tadah Tangan YaAllah bantulah Umat Islam di sana, bantulah mereka Ya Allah.Ya Allah kami lemah. Ampunkan dosa kami. Disaat saudara kami tengah menangis kami disini masih gembira. Ampunkan kami YaAllah. Hancurkan la mereka-mereka yang kejam dan zalim kepada Saudara Islam kami. Ameen. Okay dah. All people know Islam will rise onedays. Ha last sekali nak promote Rahsia Bisnes Tudung  yang rajin dan yang buat bisnes tudung boleh la tinjau okay J

1 comment:

  1. correction ustaz khairy sahaja. tertambah jamaluddin pula hee

    ReplyDelete