Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Thursday, 24 July 2014

Rahsia di sebalik Lidah Manusia? Siap ada Gred lagi tuh.

Bismillah Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas. Perasan tak Iklan Raya tahun ini kurang dimainkan oleh Station tv ataupun radio? Atau saya syok sendiri jadi macam orang asli. Tidak mengapalah yang mana pun. Ni entry saya jadi saya nak cakap memang berkurang tahun ini disebabkan tragedi #MH17 serta tragedy di #Palestine yang sangat menyedihkan. Alhamdulillah Rakyat Malaysia masih ada perasaan sedih dan simpati. Jika tidak ada perasaan sedih Malaysia tidak akan aman dan damai kerana tidak mempunyai rakyat yang tidak Normal macam anda >,< hee jadi siapa yang tiada perasaan sedih dia tidak normal kah kah Okay hari ini saya ingin kongsikan TAJAMNYA LIDAH KITA? Tidak percaya boleh rasa sekarang :)


Percayakah anda Lidah kita ada gred? Jom kita tengok lidah kita gred apa? –Ustaz Elyas Ismail-

Gred D – Dia suka cakap pasal diri. Senang cerita kira angkat bakul sendiri la cerita dia. Contoh, tengok Ayah untuk Mak kamu dapat Suami macam Ayah sepatutnya untung Ayah dapat mak kamu. Mak kamu memang TERBAIK. Selain itu, Dia berbohong. Contoh mak akan bagi kurma kalau amin puasa walhal dalam peti ais tidak ada kurma pun. Ia juga tercatat dalam keadaan salah.

Gred C – Dia jenis bila buka mulut semua orang akan sakit hati dengan dia. Haa macam terasa sahaja. Opss lupa anda yang membaca ini InShaaAllah lidah Gred A. Tahniah! Tetapi biasalah kan. Kita lalai kadang-kadang  kita cakap baik untuk dia padahal menyakitkan hati orang. Hati-hati.

Gred B – Dia suka bawa cerita Internet dilaman social FB Twitter IG dan sebagainya. Contohnya, oh anak saya bawa balik durian dari Perak. Memang sangat lazat. Apa yang dia ceritakan itu betul la. Anaknya baru sahaja balik dari Perak bawa balik durian kampung untuk maknya : ) okay mari tengok Gred paling bagus

Gred A – Cakapnya cakap yang bermanfaat sembang hadis sembang Akhirat sembang benda baik sembang ilmu yang bermanfaat dan apa sahaja benda yang baik la cerita dia. Bila duduk dengan dia tenang sahaja seronok sahaja bila dekat dengan dia sahaja kita rasa dengan Allah sangat dekat. Padahal memang Allah dekat sangat dengan kita Cuma kita tidak rasakan. Bila duduk dengan dia kita merasa sangat dekat. Memang terbaik. Gred A ni bukan senang-senang nak dapat semuanya Allah yang pilih Allah yang beri kekuatan kepada seseorang. Semoga kita semua terpilih.

TIPS PENJAGAAN LIDAH

Sebenarnya apa yang kita cakap itulah melambangkan diri kita sebenarnya? Kadang-Kadang orang cakap mulut ni sahaja JAHAT tetapi Baik. LOL Pernah perah Epal dak? Ikot logik akal Adakah perah Epal hasilnya akan keluar oren ? kalau ada ia memang terbaik. Cepat-cepat la jumpa Malaysia Book Of Record hee Begitu juga hati kita. Jika dalam baik keluarnya pun baik-baik kan ?

-         1) Mulakan dengan diri. Sebelum tidur katakana aku seorang yang baik. Lidah aku untuk bercakap benda baik

-         2) Gunakan Lidah untuk merendah hati. Contohnya, ala comelnya anak awak. Alhamdulillah nikmat Allah. SubhanaaAllah indahnya Islam. Tapi zaman sekarang biasalah gurau-gurau dengan kawan. Contohnya, ala comelnya anak awak. Biasalah tengok la MAK BAPAK dia haha nak gurau boleh lepastu cakapla takda la amin ni semua Nikmat Allah. Terbaik !

-         3)Yang ni tips paling mujarab. Tips mujarab ialah dalam seharian hidup kita perkataan Allah akan selalu disebut oleh Mulut kita tidak kira la dengan Zikir ataupun baca ayat-ayat Allah dalam Al-Quran.

Akhir kata. Majulah Sukan untuk Negara. biasalah sekarang tengah heboh pasal sukan Komanwelkan tu yang tersasul. Macam-macam heboh sekarang. Dunia sudah ke penghujungnya. Ayuh sama-samala kita berdoa kepada Allah untuk selamatkan diri ini daripada Api Neraka dan dimasuki ke Syurga In Shaa Allah disamping kita usaha doa mesti. Tetapi bila doa sahaja usaha tidak ada ia tidak jadi. Kata kawan saya doa tanpa usaha. Useless. Pedaskan? Terasa beb? Dan Maafkan saya jika ada kata-kata diatas tersentuh jiwa dan perasaan anda. Asslamualaikum semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

*Ha lupa nak bagitahu siapa nak kahwin cepat boleh klik link ni Strategi Kahwin dan Kaya Saya lambat lagi. hee


4 comments:

  1. Pepatah pon ada menyebut :
    Kerana pulut, santan binasa,
    Kerana mulut, badan binasa.
    Lidah bole bertindak lebih tajam dari pedang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haahla. Betul kata mama amir. Lidah lebih tajam dari pedang. I agree 101% :)

      Delete
  2. zaman sekarang ni bukan setakat lidah jer, jari jemari juga memainkan peranan. sebenarnya perkara paling penting adalah hati
    hati baik, hasilnya baik juga...dan begitulah sebaliknya.
    bw sini...salam aidilfitri utk awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhh. Dahsyat kan zaman sekarang. Saya Sangat takut dengan Arus deras kemodenan dan teknologi kerana iman ini sangat la lemah. Salam aidilfitri untuk khairul bariah juga. Minta ampun dan maaf jika banyaksalah typo di blog saya.

      Delete