Bismillah Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas pada
hari Jumaat yang penuh barokah ini dan kita sudah masuk fasa 10 Malam Terakhir.
Innalillahiwainnalillahirojiun. Rakyat Malaysia sekali lagi
menerima berita yang menyedihkan dan menerima musibah #PrayForMH17 #PrayForGaza
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad, Umumnya
seluruh rakyat Malaysia dah tahu yang kita menerima lagi musibah bahawa Kapal
Terbang MAS MH17 terhempas disyaki ditembak.
Dunia semakin huru hara?
Kejadian di Gaza perang diantara Israel dan Palestin pun belum selesai, kita dikejutkan lagi berita yang sedih dan memilukan. Satu dunia bicara tentang perang Gaza, Satu dunia juga menceritakan Pesawat Malaysia sekali lagi menerima musibah selepas kehilangan MH370 yang masih belum diketahui sampai sekarang.
Agaknya apa reaksi pemimpin kita Dato' Seri Najib Abdul Razak. (Lihat Gambar)
Tidak dapat bayangkan bagaimana jika saya berada ditempat Dato' Najib Tun Razak. Hanya Allah saja mengetahui perasaan seorang pemimpin Negara dan hanya Iman pada diri seseorang yang menjadi diri itu kuat untuk menghadapi dugaan. Berat tanggunggan seorang Pemimpin ini sebenarnya. Bersabarlah Malaysiaku, kita harus sekental Palestin. Allah tengah uji Rakyat Malaysia dan keluarga yang menimpa musibah ini serta selamat juga Allah tidak Uji Rakyat Malaysia seperti yang terjadi di Palestin sekarang. Terus terang saya katakan saya belum mampu jika di uji seperti Palestin.
Antara tindakan Rakyat Malaysia harus melakukan selepas mengetahui berita yang memilukan ini ialah :
- Jangan sebarkan berita palsu yang boleh mengguriskan mana-mana pihak
- Kurangkan bercakap tentang MH17 jika kita tidak ketahui
- Jangan lantik diri sebagai penyiasat atau bomoh serta membuat perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. serahkan sahaja pada orang-orang yang berkaitan selain serahkan kepada Allah disamping mengharapkan dijauhkan segala benda yang tidak baik.
- Tindakan paling baik Berdoalah, saya tahu semua rajin berdoa. disamping kita berdoa untuk saudara kita di Gaza jangan lupa doa untuk Negara kita yang dicintai Negara Malaysia.
- Berdoalah dimana jua dilaman sosial mahupun sendirian. *yang penting hati Ikhlas :)
- Ketika solat masa sujud pun boleh doa. doa sikit dalam hati Ya Allah selamatkan Malaysia daripada kejahatan, Ya Allah berilah kekuatan kepada Rakyat Malaysia untuk menhadapi ujianMU ini. Ameen.
Akhir kata, sama-samalah kita berjuang selagi bernyawa kerana agama bangsa dan negara. Agi Hidup Agi Ngelaban :) Assalamualaikum dan Salam Jumaat serta selamat pagi kepada pembaca.
bek lh mel...
ReplyDeleteokay bagus :)
ReplyDelete