Bersyukur kita kepada Allah, masih lagi mengurniakan nikmat yang amat banyak sehingga tidak terkira kepada kita di dalam Bulan Ramadhan ini. yang saya anda anda dan yang tengah baca ni kira adalah benda yang Allah tak kurniakan kepada kitaa? padahal dah banyak nikmat Allah bagi. tapi masih lagi rasa tidak cukup. why why and why? haa *sama-sama muhasabah diri ye. In Shaa Allah.
Okay. Puasa pun dah masuk ke fasa kedua. penat pun memang penat sangat la dengan kerja bagi yang berkerja yang belajar bagi yang belajar. semua orang penat, semua orang lalui 24 Jam yang sama. hari ini, tiba-tiba saya dapat idea baru selepas melihat ayah tertidur dikala sedang berehat. nampak keletihan dia dalam bekerja. pandang muka dia rasa macam nak menangis pun ada. tanpa bapa kita tanpa usaha kerja keras bapa kita cari Rezeki yang halal yang dikurniakan oleh Allah siapa kita hari ini? Besarkan Pengorbanan Ibu bapa kita, Rugi la bagi siapa yang tidak hargai ibu bapa yang masih ada. yang Ibu bapa sudah pergi. jangan risau Ibu bapa anda menantimu di Syurga. In Shaa Allah.
Tuan-Tuan yang dirahmati Allah, berbalik semula pada pengorbanan ibu bapa kita, pergorbanan mereka sangat besar JADI kita sebagai anak menghargai la mereka dengan belajar bersungguh dan menjadi Anak yang Soleh dan Soleha.Rahsia Anak Soleh haa yang Soleha tu jaga tu jaga-jaga nanti ada orang masuk minang jika masih Single la kan hee dengan ada ya kita dengan jadi yang Soleh dan Soleha itu cukup bermakna bagi mereka. Syurga menanti. Akhirat kehidupan selamannya. kehidupan sebenarnya. siapa nak *angkat tangan .. eh tak payah angkat tangan pun takpa. In Shaa Allah semua baik-baik ni, semua rajin-rajin dan akan masuk Syurga nanti. Ameen .
Gambar Orang Tua Saya :) *Saya Bangga Mempunyai Abah MakSaya tahu SEMUA ORANG TAHU PENGORBANAN IBU BAPA KITA MEMANG BESAR tapi saya hendak dan nak cerita juga sebab saya takut, mungkin esok-esok bila saya dah jadi Perdana Menteri ke Menteri Kabinet ke atau orang-orang yang ada nama dalam dunia ni kononnya la.. saya lupa. kata orang lupa daratan kah kah :) haa sebabtulah saya cerita. nanti bila saya lupa. mungkin anda yang saya tidak kenal atau yang saya kenal boleh menegur saya. rasanya cukupla sampai sini.. nantikan Edisi ke-3 :)
mm.....rindu mak ayah........ :(
ReplyDeletekalau rindu. doalah untuk mereka yaya..
Delete