Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Monday, 28 July 2014

Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya

Taqaballahu Minna Waminkum .

Bismillah Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita sudah melalui 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Cepatkan? 30 hari tu rasa macam satu minggu sahaja. Betul kata Nabi kita Nabi Muhammad SAW mengatakan di Akhir Zaman nanti atau tanda kiamat kecil masa terasa begitu cepat pantas dan laju. Subhanaallah. Apa lagi la diri ini tunggu. Dah Nampak segala macam berlaku di dunia ini masih lagi menunggu dan terus menunggu sehingga la Matahari terbit di sebelah barat. Masa itu baru tahu betapa ruginnya.
Eh Salam 1 Syawal Wahai Ummat Rasulullah SAW dan bakal penghuni Syurga. Syukur kepada Allah masih diberikan umur yang panjang. *Maaf Kelewatan Mengucakannya

Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya

Di manakah Kampung Talang itu terletak? Di Perak la boh, takkan kome tak tahu yeop oi. Hee
Kenapa saya cakap Kampung Talang Ibarat tempat Perang di Gaza?

Kerana setiap tahun pada malam Raya seperti tradisi orang Perak akan main meriam sambil berperang bunyi meriam mana kuat daripada pukul 12 malam sampai 7 pagi. Dahsyat kot , ramai dan berduyun juga la yang datang semata-mata mahu m'yaksikan letupan meriam yang kuat dan ingin ketenangan di sawah padi
.
Letupan-Letupan meriam ini terus terang saya katakan boleh mengegarkan jantung anda. Jika mahu merasakan bagaimana di Gaza boleh la datang Next Year atau pun Raya Haji ini. Tapi itu macam Gaza la. Di Gaza lebih teruk dahsyat kejam dan sebagainnya.

Yang menariknya boleh tengok secara dekat tapi Insurans sahaja tidak ada. Itu sahaja bahaya. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi kes, jadi anda boleh la rakam buat video dan sebagainya.

Kampung Talang tempat perang Meriam di Malam Raya.

Di Kampung Talang ini ada 5 hingga 7 kumpulan kampung yang rajin main meriam. Memang dahsyat la bro. Mereka bermain di sawah-sawah padi. Tak dapat bayangkan orang kampung talang dapat tidur atau tidak.
Sangat kuat bunyi meriam mereka. Meriam depa di Kuala Kangsar saya di Kroh hulu Padang Rengas pun dengar lagi dentuman meriam mereka. Saya tidak tipu. Tidak percaya. Maile Sini :)
HP yang saya rakam video dan rekod ini pun tak dapat menampung dentuman bunyi meriam mereka. Jom Saksikan Video.




*Pengetahuan Video hp Blackberry hee
Dahsyatkan. Marilah ke Perak hee
Maafkan Saya jika ada Bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan anda. Bergembiralah dengan sanak saudara di Hari Raya. Apa kata orang 1 Tahun sekali dapat berkumpul ya. Huu seronoknya. Di dunia sahaja kita sudah rasa keseronokan bila berkumpul di Rumah yang selesa seronok walaupun tidak seberapa lengkap tapi begitulah di Syurga nanti semua orang bergembira seronok tanpa noktah bila berkumpul di Syurga nanti. Semoga kita semua masuk Syurga. Ameen. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sunday, 27 July 2014

Ada apa dengan Raya? Ucapan dari YB Muzammil

Bismillah, Alhamdulillah. Ramadhan bakal meninggalkan kita semua. Tidak kira la dimana jua kita duduk di ceruk selatan ceruk utara di Palestin di Israel di Amerika di Brazil di hutan Negara Malaysia atau dimana jua kita duduk Ramadhan bulan yang sangat mulia disisi Allah yang diberikan kepada hambaNYA ini akan TETAP meninggalkan kita semua.

Siapa la yang gembira SANGAT jika Ramadhan ini akan pergi meninggalkan kita. Walaupun kita ini belum tergolong orang yang kuat ahli ibadah entah Allah Redha ke tak dekat kita. Ya saya cakap untuk diri saya. Anda semua baik-baik, Allah saying hamba macam anda yang selalu SENYUM dikala kesusahan kegelisahan kekusutan dan lain-lain. Gembira pun sekejap sahaja, lepas tu sembang dengan kawan-kawan pakcik makcik update status “Saya BerSahur di Bulan Ramadhan” “Rindu Nak berbuka dengan orang yang TERSAYANG” kah kah (Sarkasteak)

Apa ada  dengan Raya?

Raya ni bagi saya kita bagi duit raya dekat sanak-saudara atau pun kita dapat duit raya. Em entahla susah betul mahu diceritakan sebenarnya. Mengikut pandangan ustaz-ustaz, Raya ini ibarat HARI KEMENANGAN untuk umat Islam jadi kita mesti bergembira sayang. Tok usahla nak sedih sangat sampai melemahkan kekuatan diri betul?

Tetapi apa yang menarik Raya di dunia ini baru sedikit sahaja ada yang sedih ada yang gembira ada yang sakit ada yang semakin hari semakin tua. Yang semakin hari semakin tua tu anda la. Saya semakin hari semakin muda hee

Di Syurga nanti, kata Ustaz Ebit Lew bagi saya dia (Pendakwah Hebat) tak percaya search di FB or Google tapi saya rasa semua orang kenal dia punya dia kata Bila Raya di Syurga nanti semua orang gembira dan tidak ada yang sedih serta disitu la kehidupan tanpa NOKTAH disana nanti. Kekal Muda Kekal Sihat Kekal Kuat Kekal Hensem Kekal Cantik Subhanaallah. Seronoknya kan.

YaAllah ampunkan la dosa kami dosa kami yang sebesar bumi ini YaAllah sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Maha Penyayang lagi Bijaksana.
In Shaa Allah tuan-tuan, Allah dengar rintihan hati kita. Allah ampunkan kita jika hati ini Ikhlas kepadaNYA. Yakinla dengan Janji-Janji Allah.

Sempena Raya bakal tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Raya ini datang rumah. Pintu rumah dan Pintu hati sentisa terbuka nak jumpa saya datang la sabtu ahad hari biasa busy. Hee apa-apa contact sahaja wassap atau lain-lain. Tidak jauh pun rumah saya, Di Selangor Petaling Jaya. In Shaa Allah anda diberi layanan istimewa oleh mak abah saya dan dilayan terbaik oleh saya. In Shaa Allah. Di samping kita bergembira ini, jangan lupa selitkan doa untuk saudara kita di Gaza. Kesian depa. Mereke beraya tanpa ibu bapa rumah dan Raya dalam peperangan. SAVE GAZA! Pray for MH17 MH370 

Hujan Meteor di Malam Raya 2014



Bismillah, Alhamdulillah kita betul-betul di penghujung Ramadhan dah ni. Kejap lagi berbuka kali terakhir di bulan Ramadhan pada tahun ini. Tahun mendatang itu In Shaa Allah.

Disamping  Rahmat  yang berganda diberikan oleh Allah di bulan Ramadhan ini di bulan Syawal juga Allah masih beri Rahmat kepada hambaNYA. Alhamdulillah rahmat Allah kepada manusia dimuka bumi ini tidak putus-putus. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.


Hujan Meteor di Malam Raya

Fenomena Hujan Meteor Delta Aquarids daripada Buruh Aquarius dijangkakan dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia pada 28 dan 29 Julai ini sekitar pukul 10 Malam sehingga waktu Subuh.

Agensi  Angkas Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata aka nada 20 Juraian Meteor dapat disaksikan dalam tempoh satu jam pada kedua-dua malam tersebut
.
Agensi itu berkata, peluang untuk menyaksikan meteor berkenaan adalah tinggi pada ketika itu langit gelap disebabkan bulan masih di fasa bulan baharu –Utusan Malaysia- 22 Julai 2014

Friday, 25 July 2014

Terbaik dari Azizulhasni Awang!!! Sampai masuk berita Israel mungkin... wow! amazing.

Tengok Glove dia. Amacam ? :)

Pelumba Malaysia mempertaruhkan tindakan disiplin dengan mengadakan bantahan Gaza di landasan yang di Velodrome Sukan Komanwel di Glasgow. 

Azizulhasni Awang berlumba pada hari Khamis dalam acara pecut memakai sarung tangan lelaki dengan "Save" sebelah kanan dan "Gaza" sebelah kiri melalui pandangan gambar diatas.. Penumbuk Awang memaparkan mesej yang menarik perhatian lensa kamera selepas perlumbaan, yang membawanya melalui ke suku akhir pada Jumaat. 

Tetapi Persekutuan Sukan Komanwel, yang bertujuan untuk mengelakkan pertandingan yang digunakan sebagai platform politik, memberitahu The Associated Press ia akan "hubungi misi chef de Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil apa-apa tindakan." 

Tindakan yang boleh berkisar dari teguran kepada Awang kehilangan akreditasi beliau. 
Pegawai kesihatan Palestin mengatakan sekurang-kurangnya 750 rakyat Palestin, terutamanya orang awam, terbunuh sejak konflik dengan Israel bermula pada 8 Julai Israel cuba untuk menghentikan serangan roket dari Gaza dan memusnahkan terowong yang merentasi sempadan.

Info HAARETZ.COM

Penduduk Bumi seperti cacing kepanasan diatas tindakan Israel yang membunuh Rakyat Palestin..

Bismillah Alhamdulillah kerana masih bernafas di hari yang Mulia ini pada bulan Ramadhan.. Alhamdulillah Kita sebagai umat Islam yang berjaya sampai di Fasa Akhir Ramadhan patut ada rasa seronok dan rasa syukur kerana dapat masuk Fasa Akhir Ramadhan. Ibarat Fans Argentina dan Fans Germany mereka sungguh seronok dan bersyukur serta menggila di Final kerana pasukan mereka yang suka berjaya memasuki Fasa Akhir Piala Dunia yang diciptakan oleh Manusia. Jadi salahkah kita nak merasa seronok dan merasa beruntung kerana TERpilih memasuki Fasa Akhir akhir Ramadhan bulan yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Salam Jumaat. Jumaat terakhir Ramadhan :') Selawat sikit. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Antara Penyokong yang anti Negara Israel dan sangat benci. Pemain Bola pun kena Fly Kick Babe. memang RARE

Percayakah anda Ramai manusia dalam Bumi ini sudah meluat dan menyampah sangat dengan Zionis nama Lain Yahudi di Negara Israel. Tidak kira Islam ataupun agama lain. Dahsyat bukan. Ke korang tidak tahu ni, opps lupa anda semua lebih pantas dari saya. Yela masing-masing ada gadjet mahal di tangan tuh. Tahniah! Baru-baru ini terjadi satu kes di mana saya tidak pasti ada yang menyatakan di Austria atau Australia hee entalah. Tapi apa yang saya nak ceritakan ini memang berlaku Perlawanan bola sepak kelab Lille vs kelab dari Negara Israel. Penyokong yang boikot Israel tiba-tiba berang memasuki padang dan membedil pemain-pemain Kelab berasal Israel itu. Ha Rasakan. Apa yang ditunjukkan dalam gambar ini tidak sama dengan pembunuhan Israel di Gaza yang sudah 700 lebih kematian . Subhanaallah. Apa yang kita boleh buat hanya bersama dan meminta pertolongan daripada Allah untuk menghancurkan Zionis dan musuh-musuh islam ini. Doa adalah senjata bagi umat Islam. 

Selain itu sukan Basketball juga tidak silap saya ada penyokong boikot Israel. Dahsyat sungguh. Berita lanjut tuan-tuan cuba usaha sedikit search di page FB Sukan Star Tv. Maaf juga kerana tidak dapat memuaskan kehendak anda apabila membaca post ini.

Layan Video kejadian kes Penyokong masuk padang.

Akhir kata. saya minta maaf banyak-banyak jika selama ini ada salah dan silap ketika menaip lagi-lagi bila typo kan. mesti korang pening nak baca. maaf ya. Ramadhan di penhujung. tak sedih ka korang? ke korang memang dah menangis sehingga menitiskan air mata darah. huhu apa-apa Saya Ahmad Muzammil Bin Muhammad Khairi Ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan ni saya cuti berkerja jadi saya layak menerima Duit raya daripada anda anda yang berkerja. Alhamdulillah setiap duit Raya yang kita berikan kepada saudara mara kita Allah akan gandakan rezeki kita yang ada sekarang ini walaupun hanya RM1 yang diberikan. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Komrad :) 

Thursday, 24 July 2014

Rahsia di sebalik Lidah Manusia? Siap ada Gred lagi tuh.

Bismillah Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas. Perasan tak Iklan Raya tahun ini kurang dimainkan oleh Station tv ataupun radio? Atau saya syok sendiri jadi macam orang asli. Tidak mengapalah yang mana pun. Ni entry saya jadi saya nak cakap memang berkurang tahun ini disebabkan tragedi #MH17 serta tragedy di #Palestine yang sangat menyedihkan. Alhamdulillah Rakyat Malaysia masih ada perasaan sedih dan simpati. Jika tidak ada perasaan sedih Malaysia tidak akan aman dan damai kerana tidak mempunyai rakyat yang tidak Normal macam anda >,< hee jadi siapa yang tiada perasaan sedih dia tidak normal kah kah Okay hari ini saya ingin kongsikan TAJAMNYA LIDAH KITA? Tidak percaya boleh rasa sekarang :)


Percayakah anda Lidah kita ada gred? Jom kita tengok lidah kita gred apa? –Ustaz Elyas Ismail-

Gred D – Dia suka cakap pasal diri. Senang cerita kira angkat bakul sendiri la cerita dia. Contoh, tengok Ayah untuk Mak kamu dapat Suami macam Ayah sepatutnya untung Ayah dapat mak kamu. Mak kamu memang TERBAIK. Selain itu, Dia berbohong. Contoh mak akan bagi kurma kalau amin puasa walhal dalam peti ais tidak ada kurma pun. Ia juga tercatat dalam keadaan salah.

Gred C – Dia jenis bila buka mulut semua orang akan sakit hati dengan dia. Haa macam terasa sahaja. Opss lupa anda yang membaca ini InShaaAllah lidah Gred A. Tahniah! Tetapi biasalah kan. Kita lalai kadang-kadang  kita cakap baik untuk dia padahal menyakitkan hati orang. Hati-hati.

Gred B – Dia suka bawa cerita Internet dilaman social FB Twitter IG dan sebagainya. Contohnya, oh anak saya bawa balik durian dari Perak. Memang sangat lazat. Apa yang dia ceritakan itu betul la. Anaknya baru sahaja balik dari Perak bawa balik durian kampung untuk maknya : ) okay mari tengok Gred paling bagus

Gred A – Cakapnya cakap yang bermanfaat sembang hadis sembang Akhirat sembang benda baik sembang ilmu yang bermanfaat dan apa sahaja benda yang baik la cerita dia. Bila duduk dengan dia tenang sahaja seronok sahaja bila dekat dengan dia sahaja kita rasa dengan Allah sangat dekat. Padahal memang Allah dekat sangat dengan kita Cuma kita tidak rasakan. Bila duduk dengan dia kita merasa sangat dekat. Memang terbaik. Gred A ni bukan senang-senang nak dapat semuanya Allah yang pilih Allah yang beri kekuatan kepada seseorang. Semoga kita semua terpilih.

TIPS PENJAGAAN LIDAH

Sebenarnya apa yang kita cakap itulah melambangkan diri kita sebenarnya? Kadang-Kadang orang cakap mulut ni sahaja JAHAT tetapi Baik. LOL Pernah perah Epal dak? Ikot logik akal Adakah perah Epal hasilnya akan keluar oren ? kalau ada ia memang terbaik. Cepat-cepat la jumpa Malaysia Book Of Record hee Begitu juga hati kita. Jika dalam baik keluarnya pun baik-baik kan ?

-         1) Mulakan dengan diri. Sebelum tidur katakana aku seorang yang baik. Lidah aku untuk bercakap benda baik

-         2) Gunakan Lidah untuk merendah hati. Contohnya, ala comelnya anak awak. Alhamdulillah nikmat Allah. SubhanaaAllah indahnya Islam. Tapi zaman sekarang biasalah gurau-gurau dengan kawan. Contohnya, ala comelnya anak awak. Biasalah tengok la MAK BAPAK dia haha nak gurau boleh lepastu cakapla takda la amin ni semua Nikmat Allah. Terbaik !

-         3)Yang ni tips paling mujarab. Tips mujarab ialah dalam seharian hidup kita perkataan Allah akan selalu disebut oleh Mulut kita tidak kira la dengan Zikir ataupun baca ayat-ayat Allah dalam Al-Quran.

Akhir kata. Majulah Sukan untuk Negara. biasalah sekarang tengah heboh pasal sukan Komanwelkan tu yang tersasul. Macam-macam heboh sekarang. Dunia sudah ke penghujungnya. Ayuh sama-samala kita berdoa kepada Allah untuk selamatkan diri ini daripada Api Neraka dan dimasuki ke Syurga In Shaa Allah disamping kita usaha doa mesti. Tetapi bila doa sahaja usaha tidak ada ia tidak jadi. Kata kawan saya doa tanpa usaha. Useless. Pedaskan? Terasa beb? Dan Maafkan saya jika ada kata-kata diatas tersentuh jiwa dan perasaan anda. Asslamualaikum semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

*Ha lupa nak bagitahu siapa nak kahwin cepat boleh klik link ni Strategi Kahwin dan Kaya Saya lambat lagi. hee


Monday, 21 July 2014

Yakin betul solat kita diterima oleh Allah, bagusnya :)

Bismillah, Alhamdulillah hari ini kita masih dapat melihat dunia dan dapat meneruskan impian besar kita di dunia ini jika tidak bernafas Impian Besar kita tidak akan tercapai kan ? Syukur pada Allah kerana masih bagi peluang. Haa baru tidak tulis sehari dekat blog ni rasa risau sahaja, risau tidak ada yang melihat blog saya. Amboi risau kemain Al-Quran tidak sentuh tidak risau. Huh! Semalam cuti sebab memikirkan solat saya diterima oleh Allah atau tidak. Bayangkan sekarang umur sudah 21 tahun. Contoh solat sudah 6 tahun tetapi solat tidak diterima oleh Allah, Nauzubillah. Kenapa saya fikir? Betul la kata anda. Buat apa nak fikir sangat pasal solat diterima atau tidak. Asal yakin dan buat syarat sah solat Allah terima la kan >,< wah hebat anda semua. Tahniah! TETAPI semalam saya dan makmum-makmum lain semua tergamam dan terfikir oleh apa yang ustaz tu cakap tak pun saya sahaja yang fikir sebab saya tahu solat saya belum sempurna. Ustaz tu kata ada 40 kesalahan normal manusia buat dalam solat eh dalam solat ke dalam bacaan surah Al-Fatihah. Saya tidak pasti. Tapi yang saya terasa tang pada bacaan Surah Al-Fatihah. Dia ada tekankan dekat mana tempat yang selalu TERsebut salah huruf. Yang dah tahu Alhamdulillah, yang belum tahu. Jom sama-sama kita pastikan. In Shaa Allah



Antara Kesalahan kita pada bacaan Al-Fatihah (Tazkirah Ramadhan)

1.       Lihat pada ayat satu, pastikan kita sebut manirrahim bukan mannirrahim
2.       Ayat dua, jangan tertuka ain kepada alif hamzah. Bunyi betul ‘’alamin bukan alamin
3.       Ayat 3 sama macam ayat satu.lihat ayat tu.
4.       Ayat 5 alif hamzah jgn dibunyikan ain . Ain jangan dibunyikan alif hamzah. Dan hati-hati pada huruf sin dan saa
5.       Ayat 6 juga sama jangan bunyikan alim hamzah kepada ain, sad bunyi sin atau saa dan kebiasaanya orang akan sebut ihdinas tapi ustaz tu kata ihdinaus.

6.       Ayat 7 hati-hati pada huruf Dod takut-takut kita tertuka dal serta ain tertuka alif hamzah
   
      Akhir kata, inilah cara untuk kita perbaiki diri. jika sebelum ini kita lemah lepas ini kita kuatkan dan perbetulkan bacaan. nah rasa ayat paling pedas, saya rasa tidak adil jika saya dan makmum harituh sahaja rasa. hee Jika hari ini kita sibuk sangat mahu perbaiki ini perbaiki itu kalau orang laki sibuk nak upgrade tukaq sport rim kereta tiap kali raya takkan benda yang ni Allah soal solat kita yang pertama kita tidak mahu perbaiki, orang perempuan pula jika setiap tahu mahu tukar langsir. apa salahnya kita upgrade solat kita. sebab tak ramai orang kita mahu pergi tusyen cara solat. hari ni mak bapa rajin hantar anak pergi "Smart Solat" tapi kita tak smart smart juga kan. samalah yang tengah cakap ni. ha yang ni la ayat padu dari ustaz tuh. sakit tak hati. kalau tak sakit. saya tabik spring :) Alhamdulillah, maafkan saya jika ada perkataan saya yang tersentuh hati dan tersentuh jiwa. minta ampun minta maaf. Assalamualaikum .. ha lupa nak bagitahu yang cuti tak tulis blog tu bukan sebab fikir ni pun. cuma tidak ada idea nak tulis apa. hee kita semua sama. INSAN YANG LEMAH.




Friday, 18 July 2014

Kata-Kata yang mampu membuat anda senyum?

Bismillah Alhamdulillah, kita masih bernafas di bulan yang cukup mulia ini dan yang cukup indah ini. Syaitan pun tidak ada. TETAPI kenapa diri ini saya masih melakukan maksiat, kata tidak ada syaitan. haaa mesti anda semua dah tahu jawapannya. Jawapan saya berbunyi begini tetapi pedih sedikit la ayatnya sebab masih buat maksiat kerana Syaitan berjaya tarbiah hati kita selama 11 bulan untuk memaksa dan menjadikan tabiat buruk berterusan walaupun mereka tidak ada dalam 1 bulan sahaja. sedihkan bila hati ini ditarbiyah oleh syaitan. Ujian dibulan Ramadhan ini kepada kita dengan banyak isu terjadi hari ini dengan perang di gaza dengan terhempas MH17 dengan Piala Dunia lagi. hanya orang yang bijaksana sahaja pandai menguruskan masa dan anggap ini semua ujian dan dugaan. kita sebagai manusia mesti tabah dan bersabar. In Shaa Allah.

Hari ini semua dalam kesedihan kesayuan kepiluan, maka tergerak hati ini untuk mengumpulkan kata-kata yang boleh dijadikan otak kita lebih terbuka dan ada kata-kata yang saya akan kongsikan ini boleh mencuit hati kita serta boleh tarbiyah hati sendiri. Okay Jom Layan!

Antara kata-kata yang mampu membuat anda senyum pada Bulan Ramadhan ini: 

"Kembali pada Allah juga fitrah. 
Semoga kali ini terus kuat melangkah".
"Seteruk-teruk Brazil di belasah di bedil di bantai, teruk lagi Saudara Islam kita di Gaza di Palestin -Fans Brazil yang Beragama Islam-"
"Dear israel, you can kills muslims but you can never kill Islam. Islam will rise one days. It all has be written. Be scared."
"Nak salahkan tudung kenapa, bukannya tudung tu yang angkat lock stereng. Lol"
"Ramadhan perlahankan sedikit kelajuanmu, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki" :')
"Taknak naik kapal terbang MAS. Tak selamat."
Benda simple sebenarnya. Kalau dah namanya "ajal", berbuka tertelan biji kurma pun boleh mati, tengah berselfie pun boleh mati.
"Malunya dihadapan manusia kita buat baik, dihadapaan Allah kita buat Maksiat. Ampunkan dosa kami YaAllah"
"Dunia dah nak sampai hujung dah ni"
"Adakah teknologi sekarang tak cukup canggih untuk membezakan pesawat penumpang (Awam) dengan pesawat perang?"
"Allah tidak pernah persia-siakan KETABAHAN seseorang insan" :)
"Hang bukan perfect pun, betul la kata hang tuh. Mana ada manusia tak pernah lakukan kesilapan. Kita bukan maksum. Nabi SAW tu ye maksum" :)
"Tuhan uji malaysia cara macam ni sebab ikut kemampuan. Kalau tuhan uji macam palestin, terus terang saya katakan saya belum mampu"

Akhir Kata, Semoga anda keluarga anda saya dan semua saudara seislam kita akan memasuki Syurga Allah. In Shaa Allah kita akan masuk melalui Pintu Syurga yg bernama AR RAYYAN bermaksud Pintu Syurga untuk orang beriman Allah terima Puasanya? semoga Allah terima Puasa kita. Ameen
Assalamualaikum dan Masa' al khair (Selamat Petang)

#PrayMH17 Bersabarlah Malaysiaku, kita harus sekental Palestin.

Bismillah Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas pada hari Jumaat yang penuh barokah ini dan kita sudah masuk fasa 10 Malam Terakhir. 
Innalillahiwainnalillahirojiun. Rakyat Malaysia sekali lagi menerima berita yang menyedihkan dan menerima musibah #PrayForMH17 #PrayForGaza
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad, Umumnya seluruh rakyat Malaysia dah tahu yang kita menerima lagi musibah bahawa Kapal Terbang MAS MH17 terhempas disyaki ditembak. 

Dunia semakin huru hara?
Kejadian di Gaza perang diantara Israel dan Palestin pun belum selesai, kita dikejutkan lagi berita yang sedih dan memilukan. Satu dunia bicara tentang perang Gaza, Satu dunia juga menceritakan Pesawat Malaysia sekali lagi menerima musibah selepas kehilangan MH370 yang masih belum diketahui sampai sekarang. 
 Agaknya apa reaksi pemimpin kita Dato' Seri Najib Abdul Razak. (Lihat Gambar)
Tidak dapat bayangkan bagaimana jika saya berada ditempat Dato' Najib Tun Razak. Hanya Allah saja mengetahui perasaan seorang pemimpin Negara dan hanya Iman pada diri seseorang yang menjadi diri itu kuat untuk menghadapi dugaan. Berat tanggunggan seorang Pemimpin ini sebenarnya. Bersabarlah Malaysiaku, kita harus sekental Palestin. Allah tengah uji Rakyat Malaysia dan keluarga yang menimpa musibah ini serta selamat juga Allah tidak Uji Rakyat Malaysia seperti yang terjadi di Palestin sekarang. Terus terang saya katakan saya belum mampu jika di uji seperti Palestin.

Antara tindakan Rakyat Malaysia harus melakukan selepas mengetahui berita yang memilukan ini ialah :

- Jangan sebarkan berita palsu yang boleh mengguriskan mana-mana pihak
- Kurangkan bercakap tentang MH17 jika kita tidak ketahui
- Jangan lantik diri sebagai penyiasat atau bomoh serta membuat perkara yang boleh    menjatuhkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. serahkan sahaja pada orang-orang yang berkaitan selain serahkan kepada Allah disamping mengharapkan dijauhkan segala benda yang tidak baik.
- Tindakan paling baik Berdoalah, saya tahu semua rajin berdoa. disamping kita berdoa untuk saudara kita di Gaza jangan lupa doa untuk Negara kita yang dicintai Negara Malaysia.
- Berdoalah dimana jua dilaman sosial mahupun sendirian. *yang penting hati Ikhlas :) 
- Ketika solat masa sujud pun boleh doa. doa sikit dalam hati Ya Allah selamatkan Malaysia daripada kejahatan, Ya Allah berilah kekuatan kepada Rakyat Malaysia untuk menhadapi ujianMU ini. Ameen.

Akhir kata, sama-samalah kita berjuang selagi bernyawa kerana agama bangsa dan negara. Agi Hidup Agi Ngelaban :) Assalamualaikum dan Salam Jumaat serta selamat pagi kepada pembaca.

Thursday, 17 July 2014

Lailatu Qadar ke Lailatu Kamdar?

Bismillah Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih diberi peluang lagi untuk habiskan masa Ramadhan tahun ini. mungkin ini Ramadhan terakhir saya atau pun anda yang sedang membaca ini kan >,< siapa nak mati oh. dosa banyak lagi. semoga Allah ampunkan kita dan terima kita serta kasih pada kita. ameen.
In Shaa Allah jika kita dipanjangkan umur malam ni dah masuk malam ke 20. Isunya, tahun ni nak bangun malam ganjil la. takda masa la. hee boleh sahaja nak bangun malam ganjil. niat tu dah baik, baik bangun sahaja 10 malam akhir. setahun sekali sahaja Ramadhan ini. Takot terlepas oh. tak seronok ke Tuhan Allah yang jadikan manusia jadikan saya jadikan anda dia buat Sale RAMADHAN :) bayangkan la Ramadhan ada Sale ganjaran dia SubhanaaAllah. hanya Allah yang mengetahui segalannya kan! hee
Jika Jusco Kamdar Jakel bila dia buat Sale pun kita dah tertarik dan berduyun-duyun orang datang. takkan Allah yang menciptakan kita dia buatkan satu malam dimana lebih baik daripada 1000 bulan kita hendak lepaskan. Tapi itulah, saya ni cakap sahaja nak bangun tu tak tahu lagi. In Shaa Allah Allah pilih saya anda dan anda yang tengah baca ini untuk dapat malam Lailatul Qadar Tahun ini. Ameen. cuma perlu doa dan usaha. YaAllah terima la diri ini sebagai hamba mu, pandanglah diri ini. pilihla diri ini orang yang terpilih di malam Lailatu Qadar dan jadikan diri ini orang yang beriman. alangkah rugi la diri ini jika tidak terpilih YaAllah. pilihla kami YaAllah. Ameen :')

Cara tidak mahu terlepas Malam Lailatu Qadar atau bersahur?

-Set jam loceng banyak-banyak dalam bilik. kalau takut tidak sedar, set dekat komputer atau labtop pasang speaker kuat-kuat. In Shaa Allah, usaha dah ada. tinggal Allah nak kejutkan sahaja tu.
-Pesan pada kawan-kawan jiran atau Mak Abah yang ada kekasih boleh juga suruh kekasih kejutkan. tetapi tak guna juga suruh kekasih kejutkan tapi tidur balik. kah kah. kekasih halal tau. huhu
-letakkan Air dalam mangkuk kecil disebelah kita atau di meja sebelah katil kita, bila bangun cepat cepat celup tangan dekat dalam air tu. yang ni Ustaz mana tah cakap, lupa pula. tapi betul la celup tangan sebab nanti kita akan rasa sejuk dan segar. tak percaya try. In Shaa Allah boleh. yakin tu penting kan.
-yang paling bagus paling terbaik paling afdhal untuk lelaki sertai orang soleh dan orang rajin beribadah ikut depa iktikaf dimasjid. SubhanaaAllah ini la cara paling baik. InShaaAllah saya pun nak buat. doakan saya. jika tidak mampu. dirumah pun boleh. yang penting hati *Ikhlaskan kerana Allah

Akhir kata, Berbaki 10 Hari Ramadhan ini jika sebelum ini ibadah kita dibulan puasa rasa berat nak lakukan rasa tidak berapa nak ikhlas kita ikhlaskan la diri ini. yang lepas itu kita biarkan dan doa supaya diterima amalan, yang ada didepan ni kita lebih fokus dan buat lebih baik. kenapa saya cakap macam ini, ha anda tengok sahaja pada kereta. kenapa Cermin depan kereta besar. cermin sisi kereta kecil? tak penting ka cermin sisi tu, kenapa tak besar macam cermin depan. hee kata orang yang berilmu yang depan lebih diutamakan, yang belakang penting juga tapi hanya sikit-sikit sahaja. paham? tak paham minta doa banyak-banyak pada Allah supaya diri cepat paham >,< Selamat berbuka dan maafkan saya jika ada kata-kata saya yang tersentuh dijiwa serta jangan lupa baca Surah Al-Kahfi 10 ayat permulaan dan 10 ayat yang akhir. baca 110 Ayat lagi bagus.he okay doakan keluarga,saudara mara,diri sendiri dan saya sama-sama masuk Syurga dan diampukan dosa ya :) Assalamualaikum
 

Tips kurangkan rasa mengantuk diwaktu pagi :)

Bismillah, Alhamdulillah. Syukur hari ini kita masih bernafas kan? jika ditakdirkan dah tak bernafas mesti sekarang ramai tengah keliling kita baca Yassin atau mungkin kita sedang dimandikan oleh ahli keluarga kita untuk "Mandi Jenazah". dosa banyak tahu-tahu kita dijemput oleh Allah, wanauzubillahiminzalik. semoga kita semua mati dalam keadaan yang tenang dan sempat mengucap kalimah Lailahaillallah atau pun mati sebut Allah.
Ya Allah betapa indah ya ketika itu jika kita berjaya sebut. tetapi bukan senang untuk kita melafazkan kalimah Allah. ikot juga cara kehidupan kita didunia jika baik In Shaa Allah dapat sebut :) saya risau diri ini tidak dapat sebut tapi saya tidak risau kalau anda yang baca ini kerana saya yakin yang baca blog saya semua baik-baik belaka berakhlak yang baik selalu tolong orang selalu bersedakah dan lain lain. Tahniah ! :)
pagi-pagi ini tiba-tiba rasa mahu kongsikan tips untuk dapatkan FRESH diwaktu pagi.

Tips untuk dapatkan kesegaran pagi dan kurangkan rasa mengantuk walaupun tidak cukup tidur? *Tips Cikgu sekolah Teknik Sungai Buloh,Selangor 09/10 :)

-Bangun pagi ucap Alhamdulillah dan lakukan perkara wajib seperti solat.
-Gosok Gigi jangan lupa ya hee pastikan masa gosok gigi tu biar sampai rasa nak muntah.
-Pandang benda berwarna hijau seperti pokok, bukit, dan sebagainya. paling mudah buat wallpaper smartphone anda warna hijau. mudah sahaja.
-Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan bagi pekerja atau sebelum hendak pergi kelas bagi pelajar fikirkan apa motif dan misi anda untuk pergi kerja atau pergi belajar. Disamping itu niatkan dalam hati kerana Allah.
-Mungkin jika ada masa sedikit atau diri sendiri masih belum sempat berselawat boleh selawat 11x. pahala dapat dan Syafaat dari Nabi SAW pun In Shaa Allah dapat. yang penting hati "Ikhlas"


Akhir kata, Indahnya dan syukur diri ini masih Islam dan ada Iman. Berharga betul Iman ni kan. Jaga diri Jaga Iman. Jangan lupa doakan IbuBapa kita saudara mara di Gaza kawan-kawan kita diri sendiri dan akhir sekali doakan saya cepat Kahwin ya kah kah :) Tipu la kalau tidak rasa mahu kahwin cepat, yang tidak rasa lagi mahu kahwin cepat mungkin dia ada sebab lain. macam saya kalau ada orang nak. saya okay ja. eh restu ibu bapa jangan lupa. okay dahla. mengarot lebih. Assalamualaikum dan Sobahul Khair (Selamat Pagi)

Wednesday, 16 July 2014

Pemilik CDM 25 dia baik hati dan sopan santun sebenarnya disebabkan tidak boleh control perasaan marah mungkin satu punca dia jadi macam ini?

Bismillah, Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. Allah yang Maha Kaya. Maha Bijaksana dan Maha Melihat.. Hari ini,
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersiakan?? termasuklah diri ini yang masih kurang amalan baik.
PERSOALANNYA ??
BENARKAH kita IKHLAS jika masih merasa TERTINDAS :)
Jangan MENGHARAP #TerimaKasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kerana UMUMnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihat saja, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun kita tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia termasuklah yang sedang membicarakan. Sama je masih kurang bersyukur dan masih tidak pandai berterima kasih tapi yang tengah baca ni dia pandai.. saya tahu dia pandai bersyukur dan pandai berterima kasih. tahniah! :)
Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya. what you give, you get back. . Yakinlah balasan di Akhirat itu balasan yang lebih baik dan kekal. InshaAllah. 

CMD25 jadi isu di Facebook dan jadi trending di twitter.

Ramai yang sudah tahu mengenai kisah Pemilik kereta CMD25 ini buat apa! Bagi saya ia memalukan golongan orang kaya mahupun golongan orang yang memiliki kereta berjenama Peugueot kah kah ialah kes langgar punya hal sampai mengamok tak tentu hala kalau tidak puas hati sangat boleh selesaikan di Makhamah untuk saman atau apa-apalah. Huh selamat saya ni bukan golangan orang kaya dan orang yang memiliki kereta jenama Peugueot ni. Bila dah mampu nanti tak mahu saya beli jenama peuguot ni. Baik beli audi atau hummer nak elak malu punya pasal hee ini pendapat saya la orang yang ada kereta jenama peugeot ini golongan yang lebih kemampuan. Pendapat orang lain ada sahaja kata baru naik peuagoet berlagak macam orang kaya, kalau kaya naik ferari la lambo ka hee mungkin yang cakap ni dia berkemampuan. Saya belum lagi, onedays In Shaa Allah. J siapa tengok video #CDM25 ni dia tahu betapa kesian ye pak cik bangsa cina kalau tak silap saya. Actually, kita sebagai orang islam orang melayu juga patut merasa malu juga bukan orang kaya sahaja kena tempias dek kerana perangai seorang perempuan islam melayu yang berkelakuan melampau macam tuh sebab kita kena malu kerana kita dengan perempuan pemilik kereta CMD25 bersaudara seislam. Macam mana bangsa lain nak tertarik dengan Islam jika beginilah cara orang islam marahkan. Betul tak? Hmm takpalah, perasaan marah ni kadang susah nak halang. Lagi-lagi dalam bulan Ramadhan Syaitan pun banyak tu yang tidak dapat kawal emosi dan amarah J *saya seorang pemarah hee

Cara-Cara kurangkan emosi dan marah dalam diri *Pengajaran Isu CDM25

1.   Perbanyakkan zikrullah dan perbanyakkan selawat. In Shaa Allah hati akan jadi lembut dan tenang. Bila rasa kosong rasa sunyi time bawa kereta ka sebut sahaja dalam hati Laa ila haillallah ke Subhanaallah ke Alhamdulillah ke Allahuakbar atau selawat Allahumma Solli ‘Ala Muhammad. In Shaa Allah saya dan anda ada masa untuk zikrullah dan selawat. Masa yang diberikan oleh Allah kepada kita sama. 24jam.

2.   Mengaku dan terima seadannya yang diri ini suka marah orang dan cepat emosi. Bila rasa tidak boleh control juga isikan rohani dan jasmani kita dengan bacaan Al-Quran. Manusia dan Kalam Allah(Al-Quran) berpisah tiada. Siapa yang tidak suka marah dan beremosikan, saya pun suka hee tetapi control la kemarahan itu dengan cara Islam. Wahh! Inilah yang terbaik. Bukan senang nak marah dengan cara islam. Jadi berdoalah kepada Allah. Nampak mudah tapi amalkan sangat susahkan ? J apa-apapun yakin la dengan janji Allah.

3.   Haa yang ketiga ni pasti berkesan untuk diri saya dan anda kah kah Fikirkan yang kita akan mati nanti, Cuma tidak tahu bilakan? Sebab bila ingat mati macam-macam kita fikirkan kan? Hee Mungkinlah bila ingat mati kita tak jadi nak marah hee

Akhir kata selamat beramal dan selamat menjalani ibadah puasa dimana hanya 12 hari sahaja baki yang tinggal, gunakan masa yang masih ada. Mana tahu ini Ramadhan terakhir kita kan? Jika ada salah silap ada terkasar Bahasa ada tersentuh dijiwa harap dimaafkan. Kalau tidak maafkan nanti Raya saya mintak maaf lagi tetapi masa tu kena bagi duit raya sekali la ye hee Haa sebelum saya terlupa, saya ada kawan yang kongsi tentang bagaimana Teknik Mendidik Anak dan Rahsia Sedekah. okay selesai. Assalamualaikum dan Selamat berbuka kepada semua yang berpuasa.hee masaa'al khair (Selamat Petang)

Iklan Raya Aidilfitri TM 2014 yang mencuit hati :)

Bismillah, Alhamdulillah. kerana kita masih dipanjangkan umur. In Shaa Allah esok puasa yang ke-18. 10 Malam terakhir Lailatul Qadar semakin hampir. Are you ready? AyomatKasetGo :)

Ramai yang tunggu dan tidak sabar untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar dimana 1 malam lebih baik daripada 1000 bulan. siapa taknakkan. Dosa pun dah banyak, ya saya banyak dosa anda dosa kurang pahala lagi banyak. Alhamdulillah. #Husnuzon. Bagi saya inilah masanya untuk meminta ampun mencari Redha Allah kerana Allah. tetapi bukan mudah untuk kita dapat malam itu. semuanya hanya yang terpilih sahaja. Jadi marilah sesama berdoa kepada Allah supaya Allah memilih kita dapat malam Lailatul Qadar. In Shaa Allah. 

Hiburan yang mencuit hati di bulan Puasa?

Macam biasalah di penghujung Ramadhan semua mengetahui radio Malaysia akan memainkan lagu-lagu raya dan banyak syarikat-syarikat menaja dan sibuk buat iklan Raya. ha cerita pasal iklan. saya baru tengok iklan raya TM 2014. budak ni memang kelakar pandai comel semuanya la dekat dia. ayat paling kelakar ketika dia meminta maaf dia menyebuat ayah "0-0" ya. pandai betul budak ni? okay mari saksikan video ini.




Akhir kata, Puasa pun semakin di penghujungnya mesti ramai sibuk-sibuk beli kuih raya dan ada juga yang rajin nak buat kuih raya serta cuba mahu cari resipi kuih baru untuk Raya nanti boleh la belajar dekat sini panduan biskut penyek. klik sini, ya sini :) -->  CD Buat Cookies dan cara nak buat coklat. ya klik sini juga :) --> Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum . semoga terhibur dengan iklan raya tuh :) Assalamualaikum dan Selamat Malam.














Tuesday, 15 July 2014

Salam Nuzul Al-Quran :)

Salam Nuzul Al-Quran :) Bismillah Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala, hari ini kita masih bernafas. Hari ini bangun bangun sahaja daripada tidur melihat suasana pagi yang seakan-akan mendung mengingatkan diri ini Matahari terbit sebelah barah salah satu tanda besar kiamat. SubhanaaAllah. Syukur juga kepada Allah kerana hari ni bangun-bangun sahaja dalam berita media massa laman FB Twitter atau CNN tidak mengeluarkan statement “Hari ini Matahari keluar disebelah Barat” sedih wooo bila dapat tahu matahari terbit sebelah barat jika diri ini tidak sempat memohon keampunan daripada Allah (TAUBAT).  Bayangkan jika betul-betul terjadi Tak dapat bayangkan hmm semoga kita semua saya anda dan anda yang tengah baca artikel ni didalam golongan orang yang beriman serta golongan yang diredhai oleh Allah.

Persedian diri kita?

Berbaki separuh lagi Ramadhan dan semua tahu Ramadhan ialah bulan Allah buka tutup pintu-pintu Neraka oleh itu Mungkin sebelum tidur boleh dah kita buat 2 Rakaat solat taubat atau pun bila-bila masa free walaupun dalam keadaan kita tidak bersedia sekalipun walaupun kita rasa kita ni akan buat dosa lagi. tak salah buat 2 rakaat solat sunat taubat dalam keadaan diri masih lalai. Malah Allah lagi suka buat dosa minta ampun buat dosa minta ampun. Allah suka dan bagi ganjaran. Pergh memang terbaik. Ibarat anda keluar rumah Naik motor kereta dalam keadaan kelam kabut hendak pergi kerja tiba-tiba keluar parking terlanggar pula kereta jiran BMW baru sahaja dia beli 2 hari lepas. Kita pun dengan keadaan yang risau takut pergi minta maaf. Contoh nama Abu jiran kita. Abu, saya mintak maaf terlanggar kereta hang pagi tadi disebabkan cuai saya. Saya hanya mampu bagi Rm500 sahaja sebagai kos baiki kereta hang. Saya rasa RM500 mana cukup baiki BMW hehe Lalu abu pun kata eh takpa mat nah ambil RM10000 buat belanja rumah dan dia senyum. Perghhh Nampak tak? Ha ibarat begitulah kita dengan Allah buat dosa minta ampun. Allah suka dan Allah bagi ganjaran buat lagi dosa minta ampun Allah ampunkan bagi lagi ganjaran. Subahanaallah. Indahnya Islam. Yang Penting Ikhlas.


Akhir kata Layan Coretan dulu :)
SALAM NUZUL AL-QURAN... 
Yang SUNNAH itu jadikan PEGANGAN.
Yang SUDAH itu jadikan KENANGAN.
Yang BERKAH itu jadikan AMALAN.
Yang INDAH itu JADIKAN HIASAN.
Yang SUSAH itu jadikan KEKUATAN.
Yang SALAH itu jadikan PELAJARAN.
Yang MUDAH itu jadikan IKUTAN.
Yang PAYAH itu jadikan CABARAN.
Yang HIKMAH itu jadikan PEDOMAN.
INSYAA ALLAH....
Indah BINTANG dengan KERLIPAN.
Indah RAMADHAN dengan KEBERKATAN.
Indah NIKMAT dengan KESYUKURAN.
Indah SYAWAL dengan KEINSAFAN



Monday, 14 July 2014

Rahsia Rahsia usahawan berjaya yang kita tidak ketahui?

Bismillah, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kita peluang untuk hidup walaupun sebelum ni kita ada masalah sangat besar sehinggakan kita mengeluh dan bercakap ketika dapat musibah "YaAllah habislah aku kali ini" "YaAllah matilah aku kali ini" "YaAllah hancur harapan ku" sedar tak sedar saya anda dan anda hari ini kita masih di beri peluang oleh Allah untuk teruskan hidup ada yang semakin bahagia ada yang kurang sedikit tetapi syukurlah masih diberi peluang kerana disaat di timpa musibah kita rasa kita akan mati padahal okay dan boleh sahaja teruskan hidup walaupun pelan-pelan kayuh untuk kembalikan semula apa yang kita tidak dapat. see. Allah is the best planner :) sayang ye Allah dekat kita. jadi janganlah lupa ucap Alhamdulillah 1x sehari. eh sikitnya okayla tu daripada kita tidak sebutkan. jika boleh lebih itu sangat bagus. In Shaa Allah diberi layanan "High Class" olehnya.

Antara Rahsia-Rahsia Usahawan yang kita tidak ketahui?

Saya rasa ramai blogger yang sudah tahu cuma yang tidak tahu boleh saje klik pada link-link berikut. ye Klik sahaja untuk dapatkan ilmu sedikit dari Otai-Otai. bagi saya mereka memang otaila kerana berjaya share ilmu. Entah-Entah anda pun tergolong daripada otai-otai ni :) saya masih belum berkesempatan. In Shaa Allah one days..

Berminat tentang Emas boleh klik sini Rahsia Usahawan Emas klik sahaja, mudahkan? :)
Berminat ingin tahu cara nak dapat niaga dengan PIHAK KERAJAAN boleh klik sini juga Rahsia Menenangi Perolehan KerajaanBerminat buat Kuih. i can't spell kuih without u hee klik sini CD Buat Cookies dan
Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos MinimumHa yang ni version terbaik untuk orang yang minat sangat tentang akaun nah klik sini Sistem Perakaunan DKS

Rasanya cukuplah sampai sini. ada kerja pula petang ni. Riadah Riadah. jom semua. Jangan lupa selawat petang kepada Nabi SAW yang berkorban untuk kita sebagai ummat ya. Allahumma Solli 'Ala Muhammad. sekali pun boleh lebih lagi awesome :)

Germany Juara Piala Dunia! Soalnya Layakkah Messi dapat anugerah Golden Ball?

Bismillah, Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas. dah ramai yang sahur depan tv sambil melayan World Cup. anda memang legend! Sebelum mulakan pagi yang indah hari ini. Mulakanlah dengan perkataan yang baik dan senyum bagi salam kepada orang yang kita ketemui. mungkin itu boleh menghilangkan stress anda di pagi Isnin ini kononnya Isnin hari yang paling malas. kononnya lah. yela esokkan dah cuti. huuu
Nuzul Al-Quran. kita memang semakin hampir dengan 10 Malam Terakhir. Alangkah indahnya jika Allah pilih kita dapat 1 Hari yang lebih baik daripada 1000bulan. semua orang mahu. soalnya persedian kita dan sebagainya. okay In Shaa Allah. sama-sama kita berjuang kerana Allah *Bak Kata Ustaz jangan dikejar lailatul qadar tu bertukar menjadi lailatul kamdar :) *Maafkan saya jika gurauan ini nampak kasar tetapi itulah yang ustaz tu cakap. saya ulang sahaja.

Okay Disamping cerita Gaza Palestin dan kebanyakan Umat Islam di Malaysia perbanyakkan Qunut Nazilah. Rakyat Malaysia tidak ketinggalan menyaksikan Piala Dunia. dimana Germany berjaya menjulang Piala Dunia 2014 mengalahkan Argentina dengan gol pemusnah Gotze yang hensem dan cute kata orang perempuan
inilah Gotze, Lelaki digilai ramai wanita hari ini kah kah!
Soalnya Layakkah Messi dapat Golden Ball? bukankah Gotze yang layak! Agenda apakah ini? hee
What a picture? What a World Cup? Thanks for joining us. kah kah
*mainan depa. tidak mengapa semua orang tahu yang inilah agenda depa. Dan tidak mengapa. Iman saya awak dan awak masih kuat and Islam will rise onedays. semuanya dah tertulis. be scared ! :)

Akhir kata apa yang paling kelakar team favor saya dah out awal dah. Saya peminat tegar Sepanyol. jangan salah sangka. Pemain Sepanyol memang sengaja mahu kalah awal diperingkat kumpulan sebab mereka mahu sambut Ramadhan dengan Keluarga kawan isteri suami yang tersayang. okay jangan stress ! dengan makan coklat stress boleh dikurangkan disamping mengingati Allah. saya sediakan tips dan cara buat Coklat disini ye. Panduan Buat Coklat GC  ye sini. klik sahaja :) Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sunday, 13 July 2014

Piala Malaysia dan Piala Dunia ?

Alhamdulillah selesai sudah Puasa yang ke-15, malam ini malam ke-16 Ramadhan. Bila dah masuk pertengahan Ramadhan ini  masa sangat mencemburui kita. Cerita di Malaysia diantara kita ada yang buat pilihan berbuka dengan kawan-kawan di luar ada yang berbuka dengan keluarga di luar ada yang berbuka dengan tempat kerja dengan suami  dan sebagainya. tetapi cerita di gaza lain pula ceritanya banyak berita tetang kekejaman tentera Zionis (Israel) terhadap penduduk gaza palestin. untuk maklumat lanjut boleh layari FB https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial. sama-sama kita mendoakan saudara kita disana. okay selesai cerita gaza palestin Kita juga semakin hampir pada 10 Malam Terakhir. dimana 1 malam lebih baik daripada 1000 bulan. apa yang nak ditekankan supaya kita berdoa dan meminta kepada Allah semoga kita masih diberikan oleh Allah kekuatan dan masih boleh mengekalkan semangat seperti semangat minggu pertama bulan Ramadhan. Yes, betul tuh. tak larat malas ada banyak kerja yang menyebabkan kita TERmiss terawih. yang masih istiqamah di masjid surau teruskan. yang rasa tak larat malas semacam boleh saja buat terawih dirumah dua rakaat pun boleh takda masalah. cuma jemaah dimasjid surau lebih afdhal. lakukan yang terbaik kerana Allah.

Apa yang sensasi hari ini di Malaysia ialah keputusan Undian Piala Malaysia. Puas hati atau tidak? kah kah
dimanakah pasukan kesanyangan anda. Saya Selangor. Anda?

Dan malam ini juga malam penentuan Negara mana akan menjulang Piala Dunia diiantara Argentina vs Germany. sama-sama kita nantikan. Akhir kata. Hablum minallah Hablum minannas. :) Fi Hifzillah

Saturday, 12 July 2014

Siapa Rahmat? Berasal dari manakah orang ini..

Bismillah, Alhamdulillah (kata-kata permulaan)Trademark  PU Rahmat? Anda kenal PU RAHMAT. Comfirm kenal. Lagi-lagi perempuan, lelaki pun ada tetapi perempuan lebih ramai meminati beliau. Oh lupa yela Akhir Zamankan perempuan ramai daripada lelaki sebab tu la segala benda dekat dunia ni perempuan lebih ramai lelaki (Jawapan orang perempuan) hee  Yela PU RAHMAT hensemkan ilmu ada semua ada la pada diri seorang lelaki yang perempuan mahukan jadi seorang Suami J tapi saya kearah suami yang korang impikan la *promote diri kah kah #JanganMuntah. Benda tidak mustahilkan dalam dunia ni. Boleh jadi orang yang jahat kita tengok sekarang ni dia lebih baik daripada kita yang sekarang. Betul tak? Kita yang biasa-biasa ni janganlah pandang rendah dekat orang lain dan jangan buruk sangka berbaik sangkalah ye J selagi hidup perbanyakkan doa supaya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah (baik) bukan suul khatimah (tidak baik)
IKLAN :)
Percayakah anda 1 bulan lepas tidak silap saya la PU RAHMAT datangg di Masjid Haji Dato Kamaruddin, Petaling Jaya bagi kuliah Maghrib. Memang terbaiklah, dia berganding denga PU IZAD hehe ayat dia memang padu pedas pedih padat semualah. Terasa sampai dalam hati begitu mendalam. Kadang-kadang ada ayat dia tuh memang makan dalam rasa macam mahu baling kasut sahaja selamat tengah duduk time tu. Kah kah kenapa baling kasut? Sebab saya rasa kata-kata yang dilemparkan oleh mereka sangat sangat tuju pada diri ini. Tak silap saya ni ayat dia  Benci Israel tu dah betul dah. Jangan lupa benci diri sendiri jugak, sebab masih buat apa yg Allah murka.Peghhhh  terasa tak. Oh tak teraasa. Korang memang hebat *Respect #TabikSpring hee

Saat manis ialah saya dapat salam PU Rahmat. Bukan senang oh dapat salam Retis Orang berilmu Ulama dan sebagainya. Yes, saya tahu anda lagi hebat daripada saya sebab anda dah banyak salam dengan orang-orang kuat ni. Baguslah, teruskan perjuangan anda. Dan Saat tidak manis ialah program ni  terdatangg lambat. Em rasa penat pula nak habiskan cerita. Rasannya korang pun bosan. So berhenti sampai sini dahulu. Nantikan edisi ke-4. Edisi ke-4 akan menceritakan kenapa saya buat blog padahal zaman sekarang orang pakai thumbler >,< Misteri Nusantra? Kah kah.



Akhir kata Masjid Haji Dato Kamaruddin memang terbaik ramai Ustaz-Ustaz hebat yang datang antarannya Ustaz Husam orang perlis tidak silap saya dia ni jiwa muda hee  Ustaz Khairy Jamaluddin. Lagi paling hebat mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar. Hari tuh dia singgah dia cerita pasal pemerintahan oh. Memang terbaik. Okay ada lagi satu. Dalam keseronokan kegembiraan kita hari ni jangan lupa saudara-saudara kita di Gaza Palestin dan lain-lain yang dalam kesusahan. Senjata kita ialah Doa. In Shaa Allah senang sahajakan. *Tadah Tangan YaAllah bantulah Umat Islam di sana, bantulah mereka Ya Allah.Ya Allah kami lemah. Ampunkan dosa kami. Disaat saudara kami tengah menangis kami disini masih gembira. Ampunkan kami YaAllah. Hancurkan la mereka-mereka yang kejam dan zalim kepada Saudara Islam kami. Ameen. Okay dah. All people know Islam will rise onedays. Ha last sekali nak promote Rahsia Bisnes Tudung  yang rajin dan yang buat bisnes tudung boleh la tinjau okay J

Besar Betoiii Pengorbanan IbuBapa kita ??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Ramadhan yang ke-13 malam ke 14 kepada tuan-tuan bos-bos, semua sihat? :)
Bersyukur kita kepada Allah, masih lagi mengurniakan nikmat yang amat banyak sehingga tidak terkira kepada kita di dalam Bulan Ramadhan ini. yang saya anda anda dan yang tengah baca ni kira adalah benda yang Allah tak kurniakan kepada kitaa? padahal dah banyak nikmat Allah bagi. tapi masih lagi  rasa tidak cukup. why why and why? haa *sama-sama muhasabah diri ye. In Shaa Allah.

Okay. Puasa pun dah masuk ke fasa kedua. penat pun memang penat sangat la dengan kerja bagi yang berkerja yang belajar bagi yang belajar. semua orang penat, semua orang lalui 24 Jam yang sama. hari ini, tiba-tiba saya dapat idea baru selepas melihat ayah tertidur dikala sedang berehat. nampak keletihan dia dalam bekerja. pandang muka dia rasa macam nak menangis pun ada. tanpa bapa kita tanpa usaha kerja keras bapa kita cari Rezeki yang halal yang dikurniakan oleh Allah siapa kita hari ini? Besarkan Pengorbanan Ibu bapa kita, Rugi la bagi siapa yang tidak hargai ibu bapa yang masih ada. yang Ibu bapa sudah pergi. jangan risau Ibu bapa anda menantimu di Syurga. In Shaa Allah.
Tuan-Tuan yang dirahmati Allah, berbalik semula pada pengorbanan ibu bapa kita, pergorbanan mereka sangat besar JADI kita sebagai anak menghargai la mereka dengan belajar bersungguh dan menjadi Anak yang Soleh dan Soleha.Rahsia Anak Soleh haa yang Soleha tu jaga tu jaga-jaga nanti ada orang masuk minang jika masih Single la kan hee dengan ada ya kita dengan jadi yang Soleh dan Soleha itu cukup bermakna bagi mereka. Syurga menanti. Akhirat kehidupan selamannya. kehidupan sebenarnya. siapa nak *angkat tangan .. eh tak payah angkat tangan pun takpa. In Shaa Allah semua baik-baik ni, semua rajin-rajin dan akan masuk Syurga nanti. Ameen .

                       Gambar Orang Tua Saya :) *Saya Bangga Mempunyai Abah Mak
Saya tahu SEMUA ORANG TAHU PENGORBANAN IBU BAPA KITA MEMANG BESAR tapi saya hendak dan nak cerita juga sebab saya takut, mungkin esok-esok bila saya dah jadi Perdana Menteri ke Menteri Kabinet ke atau orang-orang yang ada nama dalam dunia ni kononnya la.. saya lupa. kata orang lupa daratan kah kah :) haa sebabtulah saya cerita. nanti bila saya lupa. mungkin anda yang saya tidak kenal atau yang saya kenal boleh menegur saya. rasanya cukupla sampai sini.. nantikan Edisi ke-3 :)

Akhir kata, mungkin buku dekat page ni  Rahsia Anak Soleh  boleh membantu kita untuk mendidik anak soleh dan menjadi anak soleh. Dan Sempena Ramadhan ni disamping kita berdoa untuk saudara-saudara kita di gaza di Mesir dan lain-lain serta bersedekah untuk ringankan beban dan untuk selamatkan diri kita berdoalah supaya kita menjadi Soleh dan Soleha dan doa kita akan dikurniakan ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHA >,< siapa tak nak oiiii anak Soleh dan Soleha? kah kah. Fi Hifzillah (semoga dalam jagaan Allah).


Friday, 11 July 2014

Siapa saya? Apa itu 8 Share?

Assalamualaikum.. segala puji bagi Allah. Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas. syukur atas nikmat yang banyak Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah berjaya juga saya buat blog baru. pada asalnya nak beli blog dekat kawan-kawan sahaja. tapi tiba-tiba Allah munculkan sifat Rajin tu pada diri ini. okay let me introduce my self first hee Nama Ahmad Muzammil bin Muhammad Khairi. Lahir dekat Hosp. Universiti. membesar di Petaling Jaya. sudah baligh dan rasanya sudah sedia menjadi seorang suami mithali kih kih okay cukupla sampai sini ya. kalau nak tahu lebih lanjut boleh sahaja tanya dekat twitter : milmel00 fb : Ahmad Muzammil Ig : milmeloo. In Shaa Allah akan cuba sedaya upaya untuk melayani karenah korang semua. okay dekat sini nak selit sedikit Info yang berguna untuk anda semua. Jana Income 1 Klik = 20 sen. :) Percayakah anda?

Nak Jana Income dengan mudah dengan 8share, satu klik 20 sen? rasanya ramai blogger dah tahu mengenai cara jana income 1 klik 20 sen? cuma yang belum tahu boleh la mencuba. daftar pun percuma. cuma terus klik, isi borang adan boleh terus jana income pertama online pertama anda. untuk pengetahuan saya juga pendatang baru di 8share ni.

Mahukah anda bangun-bangun dari tidur sahaja. tengok akaun, duit kita bertambah kecinggg!! hehe
Pertama kali saya nak bagi tahu operasi nak dapat duit ni sangat membosankan kena banyak bersabar dan kena usaha lebih untuk dapat Ratusan Ringgit. sebab bukan mudah nak dapat RM1 walaupun hanya memerlukan 5 orang sahaja Klik. ye saya tahu anda ada beribu-ribu ribu kenalan. kalau yakin boleh sabar boleh baca entri ni dan dapatkan step seterusnya :)


CARA DAFTAR. senang je!

YANG BELUM MENDAFTAR BOLEH LA MENDAFTAR DI LINK INI : http://bit.ly/1CE6ryE

isi butiran yang dikehendaki dan klik butang biru create my account. selesai sahaja, anda akan memasuki alam baru dan di berikan sedikit tutorial untuk jana income pertama anda.

Untuk menjana pendapatan lebih mudah pastikan anda mempunyai facebook twitter. whatsapp pun boleh. suruh kawan-kawan klik. nantik anda tolong pula kawan anda untuk klik. senang sahaja. bayangkan 10 orang = RM2, 50 orang = RM5, 500 orang = RM50. nampak macam sedikit tapi bagi saya cukuplah RM50 untuk belanja kawan-kawan, sedekah ke, belanja ibu bapa. Nak lebih, usaha keras lagi? itu je jalan penyelesaianya. 


Cubalah.
Nanti dah berjaya dapat lebih daripada RM50 dan tahu cara mudah nak dapat klik mudah. boleh la share share ye :) Selamat mendaftar dan selamat mencuba.

#ImNewBie 
Fi Hifzillah semua. Semoga anda semua dalam jagaan Allah :)