Ahmad Muzammil, Masih Bujang, Selangor, Hablum Minaallah Hablum Minannas

MUET

Wednesday 1 October 2014

Rumah termahal dan terbesar mungkin


Bismillah Alhamdulillah hari ini kita masih diberi bernafas dengan selesa, tidak sakit dan dapat menghidu udara yang segar bagi yang berada di kampung serta yang berada di bandar ala-ala segar. Rasanya ni entry yang pertama selepas 2 bulan tak update blog
okaylah mari kita semua lihat rumah yang termahal ini. jom jom.
selepas sahaja hampa tengok gambar rumah ni.

Fikiran anda mesti terfikir :

-Seronoknya dapat rumah besar macam ni?
-gila ah tak sangka ada juga rumah besar macam ni?
-kerja apakah orang ini rumah besar sangat?
-kalau dekat dunia rumah dah besar macam ni, di Syurga macam mana? PASTI DAN PASTI LEBIH BAHAGIA dan PALING TERBAIK. SubhanaAllah. semoga kita semua selamat dari Azab Kubur dan Azab Api Neraka serta dipermudahkan masuk Syurga.

ok Jom layan beberapa gambar.





Monday 28 July 2014

Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya

Taqaballahu Minna Waminkum .

Bismillah Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita sudah melalui 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Cepatkan? 30 hari tu rasa macam satu minggu sahaja. Betul kata Nabi kita Nabi Muhammad SAW mengatakan di Akhir Zaman nanti atau tanda kiamat kecil masa terasa begitu cepat pantas dan laju. Subhanaallah. Apa lagi la diri ini tunggu. Dah Nampak segala macam berlaku di dunia ini masih lagi menunggu dan terus menunggu sehingga la Matahari terbit di sebelah barat. Masa itu baru tahu betapa ruginnya.
Eh Salam 1 Syawal Wahai Ummat Rasulullah SAW dan bakal penghuni Syurga. Syukur kepada Allah masih diberikan umur yang panjang. *Maaf Kelewatan Mengucakannya

Kampung Talang Perak Ibarat sebuah tempat berperang seperti di Gaza sekarang pada Malam Raya

Di manakah Kampung Talang itu terletak? Di Perak la boh, takkan kome tak tahu yeop oi. Hee
Kenapa saya cakap Kampung Talang Ibarat tempat Perang di Gaza?

Kerana setiap tahun pada malam Raya seperti tradisi orang Perak akan main meriam sambil berperang bunyi meriam mana kuat daripada pukul 12 malam sampai 7 pagi. Dahsyat kot , ramai dan berduyun juga la yang datang semata-mata mahu m'yaksikan letupan meriam yang kuat dan ingin ketenangan di sawah padi
.
Letupan-Letupan meriam ini terus terang saya katakan boleh mengegarkan jantung anda. Jika mahu merasakan bagaimana di Gaza boleh la datang Next Year atau pun Raya Haji ini. Tapi itu macam Gaza la. Di Gaza lebih teruk dahsyat kejam dan sebagainnya.

Yang menariknya boleh tengok secara dekat tapi Insurans sahaja tidak ada. Itu sahaja bahaya. Alhamdulillah setakat ni tiada lagi kes, jadi anda boleh la rakam buat video dan sebagainya.

Kampung Talang tempat perang Meriam di Malam Raya.

Di Kampung Talang ini ada 5 hingga 7 kumpulan kampung yang rajin main meriam. Memang dahsyat la bro. Mereka bermain di sawah-sawah padi. Tak dapat bayangkan orang kampung talang dapat tidur atau tidak.
Sangat kuat bunyi meriam mereka. Meriam depa di Kuala Kangsar saya di Kroh hulu Padang Rengas pun dengar lagi dentuman meriam mereka. Saya tidak tipu. Tidak percaya. Maile Sini :)
HP yang saya rakam video dan rekod ini pun tak dapat menampung dentuman bunyi meriam mereka. Jom Saksikan Video.




*Pengetahuan Video hp Blackberry hee
Dahsyatkan. Marilah ke Perak hee
Maafkan Saya jika ada Bahasa yang menyentuh jiwa dan perasaan anda. Bergembiralah dengan sanak saudara di Hari Raya. Apa kata orang 1 Tahun sekali dapat berkumpul ya. Huu seronoknya. Di dunia sahaja kita sudah rasa keseronokan bila berkumpul di Rumah yang selesa seronok walaupun tidak seberapa lengkap tapi begitulah di Syurga nanti semua orang bergembira seronok tanpa noktah bila berkumpul di Syurga nanti. Semoga kita semua masuk Syurga. Ameen. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sunday 27 July 2014

Ada apa dengan Raya? Ucapan dari YB Muzammil

Bismillah, Alhamdulillah. Ramadhan bakal meninggalkan kita semua. Tidak kira la dimana jua kita duduk di ceruk selatan ceruk utara di Palestin di Israel di Amerika di Brazil di hutan Negara Malaysia atau dimana jua kita duduk Ramadhan bulan yang sangat mulia disisi Allah yang diberikan kepada hambaNYA ini akan TETAP meninggalkan kita semua.

Siapa la yang gembira SANGAT jika Ramadhan ini akan pergi meninggalkan kita. Walaupun kita ini belum tergolong orang yang kuat ahli ibadah entah Allah Redha ke tak dekat kita. Ya saya cakap untuk diri saya. Anda semua baik-baik, Allah saying hamba macam anda yang selalu SENYUM dikala kesusahan kegelisahan kekusutan dan lain-lain. Gembira pun sekejap sahaja, lepas tu sembang dengan kawan-kawan pakcik makcik update status “Saya BerSahur di Bulan Ramadhan” “Rindu Nak berbuka dengan orang yang TERSAYANG” kah kah (Sarkasteak)

Apa ada  dengan Raya?

Raya ni bagi saya kita bagi duit raya dekat sanak-saudara atau pun kita dapat duit raya. Em entahla susah betul mahu diceritakan sebenarnya. Mengikut pandangan ustaz-ustaz, Raya ini ibarat HARI KEMENANGAN untuk umat Islam jadi kita mesti bergembira sayang. Tok usahla nak sedih sangat sampai melemahkan kekuatan diri betul?

Tetapi apa yang menarik Raya di dunia ini baru sedikit sahaja ada yang sedih ada yang gembira ada yang sakit ada yang semakin hari semakin tua. Yang semakin hari semakin tua tu anda la. Saya semakin hari semakin muda hee

Di Syurga nanti, kata Ustaz Ebit Lew bagi saya dia (Pendakwah Hebat) tak percaya search di FB or Google tapi saya rasa semua orang kenal dia punya dia kata Bila Raya di Syurga nanti semua orang gembira dan tidak ada yang sedih serta disitu la kehidupan tanpa NOKTAH disana nanti. Kekal Muda Kekal Sihat Kekal Kuat Kekal Hensem Kekal Cantik Subhanaallah. Seronoknya kan.

YaAllah ampunkan la dosa kami dosa kami yang sebesar bumi ini YaAllah sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Maha Penyayang lagi Bijaksana.
In Shaa Allah tuan-tuan, Allah dengar rintihan hati kita. Allah ampunkan kita jika hati ini Ikhlas kepadaNYA. Yakinla dengan Janji-Janji Allah.

Sempena Raya bakal tiba, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Raya ini datang rumah. Pintu rumah dan Pintu hati sentisa terbuka nak jumpa saya datang la sabtu ahad hari biasa busy. Hee apa-apa contact sahaja wassap atau lain-lain. Tidak jauh pun rumah saya, Di Selangor Petaling Jaya. In Shaa Allah anda diberi layanan istimewa oleh mak abah saya dan dilayan terbaik oleh saya. In Shaa Allah. Di samping kita bergembira ini, jangan lupa selitkan doa untuk saudara kita di Gaza. Kesian depa. Mereke beraya tanpa ibu bapa rumah dan Raya dalam peperangan. SAVE GAZA! Pray for MH17 MH370 

Hujan Meteor di Malam Raya 2014



Bismillah, Alhamdulillah kita betul-betul di penghujung Ramadhan dah ni. Kejap lagi berbuka kali terakhir di bulan Ramadhan pada tahun ini. Tahun mendatang itu In Shaa Allah.

Disamping  Rahmat  yang berganda diberikan oleh Allah di bulan Ramadhan ini di bulan Syawal juga Allah masih beri Rahmat kepada hambaNYA. Alhamdulillah rahmat Allah kepada manusia dimuka bumi ini tidak putus-putus. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.


Hujan Meteor di Malam Raya

Fenomena Hujan Meteor Delta Aquarids daripada Buruh Aquarius dijangkakan dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia pada 28 dan 29 Julai ini sekitar pukul 10 Malam sehingga waktu Subuh.

Agensi  Angkas Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata aka nada 20 Juraian Meteor dapat disaksikan dalam tempoh satu jam pada kedua-dua malam tersebut
.
Agensi itu berkata, peluang untuk menyaksikan meteor berkenaan adalah tinggi pada ketika itu langit gelap disebabkan bulan masih di fasa bulan baharu –Utusan Malaysia- 22 Julai 2014

Friday 25 July 2014

Terbaik dari Azizulhasni Awang!!! Sampai masuk berita Israel mungkin... wow! amazing.

Tengok Glove dia. Amacam ? :)

Pelumba Malaysia mempertaruhkan tindakan disiplin dengan mengadakan bantahan Gaza di landasan yang di Velodrome Sukan Komanwel di Glasgow. 

Azizulhasni Awang berlumba pada hari Khamis dalam acara pecut memakai sarung tangan lelaki dengan "Save" sebelah kanan dan "Gaza" sebelah kiri melalui pandangan gambar diatas.. Penumbuk Awang memaparkan mesej yang menarik perhatian lensa kamera selepas perlumbaan, yang membawanya melalui ke suku akhir pada Jumaat. 

Tetapi Persekutuan Sukan Komanwel, yang bertujuan untuk mengelakkan pertandingan yang digunakan sebagai platform politik, memberitahu The Associated Press ia akan "hubungi misi chef de Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil apa-apa tindakan." 

Tindakan yang boleh berkisar dari teguran kepada Awang kehilangan akreditasi beliau. 
Pegawai kesihatan Palestin mengatakan sekurang-kurangnya 750 rakyat Palestin, terutamanya orang awam, terbunuh sejak konflik dengan Israel bermula pada 8 Julai Israel cuba untuk menghentikan serangan roket dari Gaza dan memusnahkan terowong yang merentasi sempadan.

Info HAARETZ.COM

Penduduk Bumi seperti cacing kepanasan diatas tindakan Israel yang membunuh Rakyat Palestin..

Bismillah Alhamdulillah kerana masih bernafas di hari yang Mulia ini pada bulan Ramadhan.. Alhamdulillah Kita sebagai umat Islam yang berjaya sampai di Fasa Akhir Ramadhan patut ada rasa seronok dan rasa syukur kerana dapat masuk Fasa Akhir Ramadhan. Ibarat Fans Argentina dan Fans Germany mereka sungguh seronok dan bersyukur serta menggila di Final kerana pasukan mereka yang suka berjaya memasuki Fasa Akhir Piala Dunia yang diciptakan oleh Manusia. Jadi salahkah kita nak merasa seronok dan merasa beruntung kerana TERpilih memasuki Fasa Akhir akhir Ramadhan bulan yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Salam Jumaat. Jumaat terakhir Ramadhan :') Selawat sikit. Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Antara Penyokong yang anti Negara Israel dan sangat benci. Pemain Bola pun kena Fly Kick Babe. memang RARE

Percayakah anda Ramai manusia dalam Bumi ini sudah meluat dan menyampah sangat dengan Zionis nama Lain Yahudi di Negara Israel. Tidak kira Islam ataupun agama lain. Dahsyat bukan. Ke korang tidak tahu ni, opps lupa anda semua lebih pantas dari saya. Yela masing-masing ada gadjet mahal di tangan tuh. Tahniah! Baru-baru ini terjadi satu kes di mana saya tidak pasti ada yang menyatakan di Austria atau Australia hee entalah. Tapi apa yang saya nak ceritakan ini memang berlaku Perlawanan bola sepak kelab Lille vs kelab dari Negara Israel. Penyokong yang boikot Israel tiba-tiba berang memasuki padang dan membedil pemain-pemain Kelab berasal Israel itu. Ha Rasakan. Apa yang ditunjukkan dalam gambar ini tidak sama dengan pembunuhan Israel di Gaza yang sudah 700 lebih kematian . Subhanaallah. Apa yang kita boleh buat hanya bersama dan meminta pertolongan daripada Allah untuk menghancurkan Zionis dan musuh-musuh islam ini. Doa adalah senjata bagi umat Islam. 

Selain itu sukan Basketball juga tidak silap saya ada penyokong boikot Israel. Dahsyat sungguh. Berita lanjut tuan-tuan cuba usaha sedikit search di page FB Sukan Star Tv. Maaf juga kerana tidak dapat memuaskan kehendak anda apabila membaca post ini.

Layan Video kejadian kes Penyokong masuk padang.

Akhir kata. saya minta maaf banyak-banyak jika selama ini ada salah dan silap ketika menaip lagi-lagi bila typo kan. mesti korang pening nak baca. maaf ya. Ramadhan di penhujung. tak sedih ka korang? ke korang memang dah menangis sehingga menitiskan air mata darah. huhu apa-apa Saya Ahmad Muzammil Bin Muhammad Khairi Ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan ni saya cuti berkerja jadi saya layak menerima Duit raya daripada anda anda yang berkerja. Alhamdulillah setiap duit Raya yang kita berikan kepada saudara mara kita Allah akan gandakan rezeki kita yang ada sekarang ini walaupun hanya RM1 yang diberikan. Assalamualaikum dan Selamat Pagi Komrad :) 

Thursday 24 July 2014

Rahsia di sebalik Lidah Manusia? Siap ada Gred lagi tuh.

Bismillah Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas. Perasan tak Iklan Raya tahun ini kurang dimainkan oleh Station tv ataupun radio? Atau saya syok sendiri jadi macam orang asli. Tidak mengapalah yang mana pun. Ni entry saya jadi saya nak cakap memang berkurang tahun ini disebabkan tragedi #MH17 serta tragedy di #Palestine yang sangat menyedihkan. Alhamdulillah Rakyat Malaysia masih ada perasaan sedih dan simpati. Jika tidak ada perasaan sedih Malaysia tidak akan aman dan damai kerana tidak mempunyai rakyat yang tidak Normal macam anda >,< hee jadi siapa yang tiada perasaan sedih dia tidak normal kah kah Okay hari ini saya ingin kongsikan TAJAMNYA LIDAH KITA? Tidak percaya boleh rasa sekarang :)


Percayakah anda Lidah kita ada gred? Jom kita tengok lidah kita gred apa? –Ustaz Elyas Ismail-

Gred D – Dia suka cakap pasal diri. Senang cerita kira angkat bakul sendiri la cerita dia. Contoh, tengok Ayah untuk Mak kamu dapat Suami macam Ayah sepatutnya untung Ayah dapat mak kamu. Mak kamu memang TERBAIK. Selain itu, Dia berbohong. Contoh mak akan bagi kurma kalau amin puasa walhal dalam peti ais tidak ada kurma pun. Ia juga tercatat dalam keadaan salah.

Gred C – Dia jenis bila buka mulut semua orang akan sakit hati dengan dia. Haa macam terasa sahaja. Opss lupa anda yang membaca ini InShaaAllah lidah Gred A. Tahniah! Tetapi biasalah kan. Kita lalai kadang-kadang  kita cakap baik untuk dia padahal menyakitkan hati orang. Hati-hati.

Gred B – Dia suka bawa cerita Internet dilaman social FB Twitter IG dan sebagainya. Contohnya, oh anak saya bawa balik durian dari Perak. Memang sangat lazat. Apa yang dia ceritakan itu betul la. Anaknya baru sahaja balik dari Perak bawa balik durian kampung untuk maknya : ) okay mari tengok Gred paling bagus

Gred A – Cakapnya cakap yang bermanfaat sembang hadis sembang Akhirat sembang benda baik sembang ilmu yang bermanfaat dan apa sahaja benda yang baik la cerita dia. Bila duduk dengan dia tenang sahaja seronok sahaja bila dekat dengan dia sahaja kita rasa dengan Allah sangat dekat. Padahal memang Allah dekat sangat dengan kita Cuma kita tidak rasakan. Bila duduk dengan dia kita merasa sangat dekat. Memang terbaik. Gred A ni bukan senang-senang nak dapat semuanya Allah yang pilih Allah yang beri kekuatan kepada seseorang. Semoga kita semua terpilih.

TIPS PENJAGAAN LIDAH

Sebenarnya apa yang kita cakap itulah melambangkan diri kita sebenarnya? Kadang-Kadang orang cakap mulut ni sahaja JAHAT tetapi Baik. LOL Pernah perah Epal dak? Ikot logik akal Adakah perah Epal hasilnya akan keluar oren ? kalau ada ia memang terbaik. Cepat-cepat la jumpa Malaysia Book Of Record hee Begitu juga hati kita. Jika dalam baik keluarnya pun baik-baik kan ?

-         1) Mulakan dengan diri. Sebelum tidur katakana aku seorang yang baik. Lidah aku untuk bercakap benda baik

-         2) Gunakan Lidah untuk merendah hati. Contohnya, ala comelnya anak awak. Alhamdulillah nikmat Allah. SubhanaaAllah indahnya Islam. Tapi zaman sekarang biasalah gurau-gurau dengan kawan. Contohnya, ala comelnya anak awak. Biasalah tengok la MAK BAPAK dia haha nak gurau boleh lepastu cakapla takda la amin ni semua Nikmat Allah. Terbaik !

-         3)Yang ni tips paling mujarab. Tips mujarab ialah dalam seharian hidup kita perkataan Allah akan selalu disebut oleh Mulut kita tidak kira la dengan Zikir ataupun baca ayat-ayat Allah dalam Al-Quran.

Akhir kata. Majulah Sukan untuk Negara. biasalah sekarang tengah heboh pasal sukan Komanwelkan tu yang tersasul. Macam-macam heboh sekarang. Dunia sudah ke penghujungnya. Ayuh sama-samala kita berdoa kepada Allah untuk selamatkan diri ini daripada Api Neraka dan dimasuki ke Syurga In Shaa Allah disamping kita usaha doa mesti. Tetapi bila doa sahaja usaha tidak ada ia tidak jadi. Kata kawan saya doa tanpa usaha. Useless. Pedaskan? Terasa beb? Dan Maafkan saya jika ada kata-kata diatas tersentuh jiwa dan perasaan anda. Asslamualaikum semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

*Ha lupa nak bagitahu siapa nak kahwin cepat boleh klik link ni Strategi Kahwin dan Kaya Saya lambat lagi. hee